Assalamualaikum & selamat malam semua.
Topik malam ini ialah mengenai soal sabar, melenting dan marah. Idea mengenainya datang dari status Ustaz Zaharuddin di Facebook pagi tadi:
"Kita mungkin menyangka seseorang itu TIDAK SABAR kerana dia marah atau melenting dalam keadaan tertentu. Namun, hakikatnya mungkin dia sudah sabar sebanyak 2000 kali, hanya yang kali ke 2001 dia terlepas marah, kemudian beribu- kali selepas itu dia sabar juga. Hanya kerana 1 kali tidak sabar kita lupakan beribu kali sabarnya?. Mungkin kita terlalu banyak mengandai-andai dalam hidup sewaktu menghukum orang secara negatif. Fikirkan.."
Zam pun pernah mengalami situasi seperti ini. Bila kita marah, menunjukkan kita terasa dengan tindakan dan kata-kata orang lain, mereka menggelarkan kita sebagai orang sensitif. Tapi di luar pengetahuan mereka, kita pernah mengalami peristiwa yang sama dengan orang lain yang membuatkan kita terasa, tapi kita dapat bertahan dan bersabar lagi. Cuma dengan mereka, kebetulan, marah kita tak dapat dibendung lagi akibat bosan dengan perkara yang sama.
Sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari dengan kelemahan dan kekhilafan seperti itu, kan?
Seperkara lagi yang Zam tertarik, ialah komen yang ditinggalkan oleh seorang hamba Allah.. Menerusinya, mungkin dia nak menyampaikan mesej bahawa selagi boleh bersabar, maka bersabarlah. Cuma mungkin dalam status ini, komennya tidak kena dengan mesej/point yang cuba disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin. Point Ustaz adalah, sebagai manusia biasa, kita memang tak dapat lari dari rasa marah dan hilang sabar, kerana kita bukan maksum. Jadi berhentilah dari menilai mereka dengan tanggapan yang negatif.
Cuba kena pada diri sendiri, baru tahu langit tinggi rendah :)
Hurmmm....akak kurg sabaq sket, itu akak akui...burok sgt sikap tu, tu yg suami akak ckp...tssstttt...ok, pasni akan cuba bsabaq...
ReplyDeleteklu dpt sabaq, sabaq... hehe
Deletechill selalu :)
ReplyDeleteinsya Allah :))
DeleteEmm betul tu....dah byk bersabar tp ttp ulang kesalahan yg sama dan tak tahu menghargai, lama2 kita akan hilang sabar....sabar pun ada tahapnya dik....
ReplyDeleteitulah maksud status tu :))
Deletehakikatnya manusia mmg kebanyakannya mcm itu, judgmental dan cpt menghukum... 1000 kelebihan/kebaikan yg seseorang itu dah buat boleh lesap hilang dilupakan mcm itu saja dengan 1 kekurangan yg dia tunjukkan di saat dia lemah atau hilang sabar... cuba kena pd diri sendiri, baru tau best ka dak kan... hehe ;3
ReplyDeletebecause we are human being.. hmm... jd sekurang2nya lps ni, kna beringat sblm komen, kan
DeleteSelagi boleh sabar,kita kenalah sabar...sabar itu separuh daripada iman =)
ReplyDeleteinsya Allah :))
DeleteSaya pun pernah jugak experience terhilang sabar sebab dah terlalu byk bersabar...kita ni kan cuma manusia tak sempurna. Tapi biasanya akan cepat tersedar insyaallah...
ReplyDeletekita cuma manusia biasa..
Deletekesimpulannya, bersangka baik & tingkatkan kesabaran,
ReplyDeleteInsyaallah..=)
2 mesej penting kt sini :)
DeleteTerbaik. Suka entri ni.
ReplyDeletethanks lynn :))
Deletekadang2 org ni bagi pendapat ntah apa2
ReplyDeletesmile.. ^^
Deletesabar....
ReplyDeletebila deno dapat sle ni kan, eno banyak belajar bersabar.. macam2 dugaan dengan sakit lagi, dengan orang sekeliling yg kdg2 tak fhm deno....
banyakkan besabar.. deno kuat kan ^^
Deletebetul zam... huhu...
ReplyDeletejangan komen terburu2 kan
DeleteJan komen trus.. better baca dan fahami baik2 dlu.. tiap org xsma tahap ksabaran ny.. =) mgkin dah sabar kali ke 40000 pon ada..
ReplyDelete:)) itulah.. kena hati2
Delete