e

Saturday, March 8, 2014

Pesawat Malaysia Airlines MH370 Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan | 8 Mac 2014

Pesawat Malaysia Airlines MH370 Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan | 8 Mac 2014

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Sebentar tadi Zam mendapat berita tentang sebuah pesawat Malaysia Airlines- MH370 yang dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan di Subang. Penerbangan dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama (hari ini), namun dilaporkan terputus hubungan pada pukul 2.40 pagi.

Berikut adalah pengumuman rasmi dari pihak Malaysia Airlines:


TERKINI : Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.


"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut

Sama-samalah kita mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal, semoga tiada perkara buruk yang menimpa mereka. Sebarang perkembangan akan Zam kongsikan lagi di sini. Pada pihak yang terbabit, boleh menghubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

4 comments: