Assalamualaikum dan selamat petang. Di waktu ni, Zam baru sahaja selesai memindah tulis kertas soalan percubaan Sains UPSR kepada tulisan braille untuk esok. Jadi guru Pendidikan Khas ni, kerjanya lebih sedikit. Dapat soalan dari PPD, kami kena edit atau tulis semula kertas soalan tu di Microsoft Word sebelum ditukar ke tulisan braille dengan perisian khas di dalam komputer.
Kemudian, kena edit lagi mana mana yang perlu, macam buat jadual dalam bentuk titik braille dan edit margin, sebelum di cetak oleh alat khas bernama ambosser.
Langkah terakhir, membukukannya.. Jadi siaplah naskah soalan untuk murid buta Zam.
Selain dari kertas soalan braille ni, kena buat juga soalan dalam bentuk large print- saiz A3 untuk murid rabun Zam.. Nasib ada pembantu pengurusan murid yang banyak membantu kami guru guru di sekolah dalam menyediakan soalan ni.
Assalamualaikum zam.. susah tak nak buat?
ReplyDeletewaalaikumussalam.. senang rasanya.. tak susah :)
Deleterumit juga prosesnya
ReplyDelete2 kali kerja dr murid biasa :)
Deleterumit ye...
ReplyDeleteagak... lah.. hehe
Deletewah... mcm tu rupanya, boleh tahan rumit gak nih...
ReplyDeleteklu dh biasa, tak rasa rumit sgt ^^
DeleteBanyak juga proses nak buatnya kan.....
ReplyDeleteha ah.. 2 kli keje :)
Deletewah. nampak macam rumit tapi takpe demi masa depan anak bangsa kita jugak :)
ReplyDeleteBaru tahu nie...
ReplyDelete