e

Monday, March 17, 2014

Strawberry Chocolate Terlalu Mainstream, Cili Celup Coklat Baru Rare!

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Bercakap tentang strawberi dicelup dengan coklat dari chocolate fountain, memang dah dianggap biasa dan diminati ramai. Lagipun sekarang ni memang trend kan kalau majlis pertunangan atau hari jadi ada benda ni, sebab memang sesuai sangat dengan majlis yang tak melibatkan ramai tetamu macam majlis kahwin. Kalau nak buat gak untuk majlis kahwin, mesti sediakan budget yang besar lah untuk pakej chocolate fountain ni sebab mesti semua tetamu nak serbu kan?

Apapun pernah tak anda terfikir jika cili yang dicelup dengan coklat cair? Mesti pelik kan, menggabungkan sesuatu yang pedas dengan sesuatu yang biasanya diketahui manis? Biasanya cili sesuai untuk hidangan savuri, tapi memang ada mereka yang menggabungkan cili dengan hidangan pemanis mulut selain cili celup coklat macam pai coklat dan cili dan kek cawan coklat cili.


Tapi tak pastilah macam mana rasanya.. Kepedasan cili, memang tak kan hilang biarpun dimakan dengan coklat. Dan coklat yang dimaksudkan pun sebenarnya tidak diketahui samada manis atau coklat yang diekalkan rasa aslinya, iaitu pahit.

Apapun, jangan ada yang cuba-cuba buat k lepas tengok kat blog Zam ni. Seeloknya, cari maklumat lanjut terlebih dahulu sebelum mencubanya ;) 


17 comments:

  1. Replies
    1. hehe zam pun tak sanggup.. terbatuk2 la nt

      Delete
  2. Haha..
    Boleh cirit birit ni rasanyer..
    Tp siapa tahu nnti jd trending pulak lada ngan coklat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib shark gitau.. peringatan sblm ada yg cuba.. hehe

      Delete
  3. orang nogeri je berani buek mcm ni hehehhe

    ReplyDelete
  4. Terliur. Hahahaha. Harap boleh cuba satu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. cili cecah cekelat...ermmm menarik ;)

    ReplyDelete
  6. aishhh..iqha memang tak boleh makan menu ni..sebab tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  7. Lol, nih macam nak prank orang jak. hahaha

    ReplyDelete
  8. betul betul ni...ngeri la nak makan klu cili celup coklat..

    ReplyDelete
  9. hohohoho..mmg tidaklah saya nak mencuba. pedas hangat nnt!

    ReplyDelete