Assalamualaikum & selamat petang.. Waktu ni, tentu yang ramai dah kekenyangan lepas lunch kan.. Kalau ada yang tak makan lagi tu, alas la perut dengan apa-apa yang ringan dulu ya sebelum memulakan kerja di sebelah petang. Zam pun, baru lepas lunch tadi..
Dalam entri kali ni, Zam nak kongsikan tentang satu menu yang jadi kegemaran Zam sejak datang ke Sarawak ni. Tapi ini bukan Zam yang sediakan ya.. Kakak-kakak tukang masak di sekolah Zam yang selalu buat.
Waktu makan tengah hari, kalau ada lauk ni saja pun, dah buat Zam cukup berselera makan- tak perlu lauk lain.
Nama sebenar Zam tak tahu, tapi sambalnya kering, dihasilkan dari ikan bilis yang diblend bersama cili dan belacan. Ikan goreng tu boleh dibiarkan mentah, atau digoreng dulu sebelum diblend bersama bahan lain. Ada sesiapa pernah buat dan tahu namanya?
PS: Kadang-kadang, ada telur masin sebiji pun dah cukup buat Zam berselera makan :9
Untung siapa yang jadi isteri zam nanti..tak cerewet..
ReplyDelete^^
Deletetp kdg2 nak gak mkn yg special kan
Assalamualaikum zam. wahh baguslah tak cerewet bab makanan. suami sheila pun suka benda2 simple je. hehehe senang nak layan.. sheila singgah sambil klik tabung sini ya ~~~
ReplyDeletewaalikumussalam.. alhamdulillah.. senang kira :)) appn thanks ye sudi menabung kat sini ;)
Deletemacam serunding jek?
ReplyDeletemcm serunding ikan sbab hancur & kering.. tp ni cuma ikan bilis kisar dgn belacan n cili :)
Deletemcm sambal ikan kelantan jer zam..:)
ReplyDeletea ah.. betul tu.. tp ni sambal belacan :)
Deletebuat ayie terliur je,da la x lunch lg ni..macam sedap je tu!
ReplyDeletedapat telur masin ke ikan masin ke cukup selera da ni =)
hehe.. sory ye ayie.. tak sengaja! haha
DeleteIngatkan serbuk milo tadi and wondering *takkanlaa cegu Zam suka makan serbuk milo* ..hehe
ReplyDeleteserbuk milo pun sedap dimakan begitu sahaja :)
Deletex dinafikan kesedapannya... :)
Deletemcm serunding je kan.. wahh sedappp.. zam nak tny tahan lama tak ? klu tahan ingat nak mintak zam belikan.. nnt gtau ye
ReplyDeleteoo.. bukan ni kak.. cuma sambal belacan dngan ikan bilis yang diblend kering :)) sorry ek
Deletesempoi sgt...
ReplyDeletesimply sedap :)
Deletemcm serunding kering je...sedapnya mkn nasi panas
ReplyDeletea ah.. cuma guna ikan blis yg dikisar :)) mmg sedap mkn dgn nasi panas
Deleteni kalo makan ngan ketupat pulut ni best nih ;9
ReplyDeleteae? mmmm setuju
Delete