e

Saturday, March 15, 2014

Teringin Nak Makan Butter Chicken


Assalamualaikum & selamat petang semua. Hari ni, tiba-tiba Zam teringin nak makan Chicken Butter ni. Mungkin sebab dah lama tak makan. Bil ake kedai makan nak pesan pun, mereka kata tak ada dalam menu. Jadi tadi, sebab tak makan sarapan lagi walaupun dah lewat, Zam buat keputusan untuk buat sendiri. Bila diingat balik, bahan-bahan asas tu memang ada dah kat dapur. Cuma daun kari je lah tak ada. Ayam pun dah dikeluarkan dari peti awal-awal sebab nak bagi defrost. 

Ingat nak makan dengan nasi, tapi sebab nak cepat, Zam rebus makaroni je. Lepas siap, Zam gaul makaroni dengan yogurt. Bila makan menu yang manis-manis ni, nak gak rasa masam dan segar untuk neutralkan semula rasa manis tu.

PS: Pembaca kat sini dah makan ke belum tengah hari tadi? Kang lapar pulak nak tunggu sampai ke malam.

8 comments:

  1. bujang-bujang ni kalau kat kedai tak ada..kena boleh buat sendiri lah alamatnya.. :D

    ReplyDelete
  2. as salam zam,
    itu la bila zam sebut psal makan lapoo pulak hihi.. zaza bru je nk mam. bru siap masak :)
    selamat menjamu selere ye!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ngidam ke ? eh tanya balik lak.. haha

      Delete