e

Wednesday, March 5, 2014

Teringin Nak Makan Telur Onsen



Assalamualaikum & selamat malam semua..

Minggu lepas, Zam belajar sesuatu teknik yang baru dari rancangan Masterchef Australia, iaitu telur onsen. Secara kasar, nampak macam telur rebus biasa, tapi sebenarnya bukan. Ia adalah telur yang dimasak perlahan dengan suhu yang sederhana. Teknik ni berasal dari Jepun, dimana telur dimasak dengan air dari kolam air panas (hot spring)

Kemudian Zam cari cara membuatnya melalui Youtube. Berbeza dengan tekstur telur rebus yang pejal dan kenyal, telur onsen ini macam telur separuh masak yang direbus. Jadi, bila dimakan, telur kuningnya akan pecah dan meleleh keluar dan rasanya memang sedap bila dimakan begitu saja dengan nasi yang panas dan kicap.

Nampak mudah, tapi kalau tak kena suhunya, ia tak kan menjadi.. Mungkin akan berakhir menjadi telur rebus.

Gambar diatas tu, masa Zam sediakan telur tu tadi. Tak tahu lagi hasilnya macam mana. Cara membuatnya, jerang air sampai gelegak, matikan api dapur, kemudian masukkan telur ke dalamnya. Biarkan sehingga 15 minit, dan kemudian jadilah telur onsen ni.

Itu yang diajar dalam Youtube. Jadi ke tak telur onsen Zam ni, kejap lagi baru nak tengok.. 

16 comments:

  1. Lebih kurang cam telur rebus biasa kan...:-) sedap makan campur kicap sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. cuma dia cair sikit :) zam mkn pun letak kicap

      Delete
  2. Kiranya sama macam telur 1/2 masak le ni... kicap + lada putih! nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. lada putih ye? zam tertinggal tu td.. takpe next time cuba

      Delete
  3. Telur oncen? First time dengar ... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. namanya je yg lain.. tp klu bhs mlyunya, mungkin kita thu

      Delete
  4. Ni mcm telur separuh masak kan? Vee slalu mkn utk breakfast. Hehee. Ingin tu ingin gk, tido tu jgn lupa. Esok nak mengajar, bg Zam.. :p

    ReplyDelete
  5. patut zam ubah karier ni.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ni makan dengan blanched asparagus + cream cheese ni best nih ;3

    ReplyDelete
  7. ooo...cam telur separuh masak la kan?? sedapnya juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. & telur ni masih cair lagi putih & kuningnya

      Delete
  8. Telur separuh masak ler tu...tapi kena pandai budget time nak masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. nanti terlebih masak tak jadi telur onsen ni

      Delete