e

Thursday, March 27, 2014

Zam Rasa Zam Terjumpa Seseorang Yang Glamer Pagi Tadi Di Kota Bharu

Assalamualaikum & selamat malam semua. Tajuk entri kali ni panjang macam tak boleh blah. Siapa si dia yang Zam maksudkan glamer tu? Jeng jeng jeng

Waktu ke satu tempat yang menjad tumpuan di bandar KB ni untuk makan tengah hari, sepupu Zam bercerita tentang seorang pelayan lelaki kat kedai makan tu yang nampak familiar. Alkisahnya, lelaki yang dikatakan oleh sepupu Zam tu popular menerusi videonya di Keek dan Youtube. Zam pun memang tak perasan & tak kenal, sampailah sepupu bagitahu tentang video Celcom Kena Troll nya.

Ohoo.. Lelaki dalam video tu ke.. Zam pun mula cari maklumat lanjut di internet. Akhirnya, baru Zam tahu nama yang digunakannya ialah JaaSuzuran @ Abang Muse. Jadi memang betullah dia yang Zam jumpa di KB pagi tadi.


Orangnya jenis peramah dengan pelanggan di kedai tu.. Memang jenis lucu lah.. Dalam masa tu, sempat dia tegur sepupu kembar Zam masa nak membayar kat kaunter.


16 comments: