e

Wednesday, April 23, 2014

Aku Blogger dan Hasrul Hassan

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Pada mulanya bila Zam dapat tahu Saudara Hasrul Hassan buat giveaway 'Aku Blogger Dan Hasrul Hassan' (klik) pagi tadi, macam biasa Zam memang dah teruja nak menyertainya, apatah lagi dengan ganjaran hadiah berupa wang tunai bernilai RM50. Tapi bila membaca syarat-syaratnya sekilas pandang, terdetik di hati Zam - "Ala.. Aku takde gambar dengan Hasrul Hassan.. Macam mana nak join?".

Tapi bila Zam terbaca kelonggaran yang diberikan untuk syarat 'gambar' tersebut, terlintas idea di fikiran Zam untuk menyertakan printscreen dari entri Hasrul Hassan yang menyiarkan gambar Zam sempena segmen 5 Juta Pageviews satu ketika dulu.



Menerusi segmen tersebut, alhamdulillah Zam dipilih sebagai salah seorang peserta yang mara untuk fasa kedua segmen tersebut, iaitu Captured Pageviews 5050505 pula. Rezeki menyebelahi Zam sekali lagi apabila menerusi fasa kedua itu, Zam memenangi hadiah utama yang ditawarkan, iaitu wang tunai RM100 dari Hasrul Hassan.

Perasaan memang gembira waktu tu, sebab seperti yang Zam janjikan menerusi entri ini, Zam gunakan duit RM100 yang dimenangi tu untuk membeli sesuatu yang Zam dah lama inginkan, iaitu frying pan non stick keluaran Tefal.

Secara tak langsung, sebenarnya saudara Hasrul Hassan telah menyumbangkan sesuatu kepada Zam untuk lakukan perkara yang Zam minat & berimiginasi di dapur, dengan memasak menggunakan perkakas memasak yang dibeli dengan duit tersebut:


Antara hidangan yang Zam sediakan menggunakan perkakas Tefal yang dibeli dengan wang tunai dari Hasrul Hassan :)

Itu tentang giveaway. Di luar dari itu, saudara Hasrul Hassan sebenarnya selalu menjadi tempat rujukan dan guru kepada Zam setiap kali Zam ingin bertanyakan perkara dan masalah yang berkaitan dengan blog selama ini. 

Walaupun soalan yang diberikan mudah dan kadang-kadang remeh, beliau tak mengambil masa yang lama untuk membalas pertanyaan Zam yang selalu Zam ajukan di akaun FB milik beliau, dan pernah juga beliau menjawab soalan yang dikemukakan di dalam entri beliau, seperti yang ditulis di sini: "Cara Senaraikan Entri Baru Guna Script".

Selain itu juga, blog beliau menjadi lubuk untuk mencari sumber maklumat yang Zam inginkan dari semasa ke semasa.

Jadi buat blogger di luar sana khususnya blogger baru yang ingin mengetahui tips-tips hebat dalam dunia blog, bolehlah merujuk & mencarinya di HASRULHASSAN.COM ya :)

PS: Nak mudah, bookmark blog beliau atau masukkan terus dalam bloglist anda untuk mengikuti entri-entri terbaru dari beliau.

10 comments:

  1. Wahh Terbaik la Zam..
    Good Luck ya ...
    Kak Lya pon ader join jugak ...

    ReplyDelete
  2. Tahniah menang haritu. Saya memang hari2 buka blog sifu HH untuk belajar. Thanks sharing knowledge kat entri ni ^__^
    http://www.blogieta.com/2014/04/aku-blogger-dan-hasrul-hassan.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tahniah...
    insya Allah, saudara HH sedang menjadi guru saya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki tu ... dapat beli frying pan .. leh masak macam2 dah .... :) apapun terima kasih sbb sudi join GA bro buat ni ... semoga berjaya.

    ReplyDelete
  5. itulah.. terima kasih kpd bro yg sudi tawarkan ganjaran rm100 tu dulu :)

    ReplyDelete