e

Wednesday, April 23, 2014

Kegelian Pada Kapas, Kengiluan Pada Polistren


Pagi tadi, waktu Zam masuk ke kelas dan melihat rakan Zam mengajar murid tahun 1, Zam ternampak model haiwan yang digunakannya untuk mengajar. Zam capai satu sebab tertarik, dan secara kasar ia nampak macam diperbuat dari kepingan kadbod. Tapi bila Zam pegang, dan kepingan model tu bergeser dan menghasilkan bunyi yang mengilukan, baru Zam tahu ia diperbuat dari polistren.

Apa lagi~ meliuk lentuk kegelian lah tengkuk Zam mendengarkan bunyi yang mengilukan tu.. Eeehhh.. Meremang rasa badan ni.. Terus Zam letak model tu.

Haa.. Itulah benda yang Zam tak suka dengar dari kecik..Bunyi ngilu polistren yang bergeser.. Urghhh

Teringat Zam kat seorang kawan masa di sekolah dulu, kalau dia tengok kapas, terus dia rasa geli geleman.. Tak tahu lah kenapa.. Tapi sekarang, dia dah tak macam tu lagi.. Kalau diingat balik ada rakan-rakan yang suka mengusiknya dengan kapas, memang lucu.. 

Ada sesiapa kat sini yang sama macam kami?


13 comments:

  1. saya tak boleh dengar benda yang 'kasar' macam cakar kat papan ke hahaha

    ReplyDelete
  2. Hehehe Kak Lya takleh dgr bunyi blender ...
    Kalau nak blender apa2 kena tutup telinga ngan penebat telinga br leh blender huhuhuhu ...
    Sesekali biler dgr org blender raser cam ..raser camner ntah tak reti nak bgtau camner raser tu huhuhuhu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh ade gak tak boleh dgr bunyi blender aee

      Delete
  3. saya memang geli dengan lipas, lagi2 lipas terbang, alahai..
    pastu ngilu sangat dengan bunyi bergeser, macam garfu kat pinggan...eeee.

    p/s : done follow sini. #4170. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. garfu bergeser kat pinggan pun geli ae.. zam bru tahu ni

      Delete
  4. iqha rasa ngilu bila dengar bunyi sudu bergesel..heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. same kes dengan sis Uni lah ni

      Delete
    2. ooo.. same kes dengan sis Uni lah ni

      Delete
  5. try gores marker yg dah habis dakwat tu kat papan hitam... perghhh seksa jiwa ( ">_______<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergghhhh gilerrrrr

      byg kn pun dh ngilu

      Delete
  6. nad kalau polisterin satu, sudu pun iye..huishh..ngilu

    ReplyDelete
  7. serius zam bru thu sal sudu nih

    ReplyDelete