e

Wednesday, April 16, 2014

Betul Juga Pertanyaan Blogger Ni

Assalamualaikum & selamat malam semua :)

Masa blogwalking ke blog seorang kakak blogger~ Faizah Muhammad ni, Zam terjumpa perkongsian keratan fakta tentang lelaki yang pernah Zam sediakan di SINI.  Apa yang menarik perhatian Zam sebenarnya ialah persoalan dari beliau yang Zam bulatkan dibawah:


1. Kenapa beli kemeja panjang kalau suka lipat lengan. Kan bagus beli lengan pendek sahaja?

Ya tak ya juga kan.. Persoalan ni memang mengetuk minda Zam.. Kenapa beli kemeja lengan panjang kalau kesudahannya bahagian itu akan dilipat?

Tapi tiba-tiba Zam terfikir jawapannya yang ada pada diri Zam sendiri.. Jadi rasa nak kongsi kat sini, manalah tahu kalau ada lelaki di luar sana yang turut sependapat dengan Zam.

Dua Sebab Tak Beli Kemeja Lengan Pendek.

Pertama, Zam tak minat kemeja lengan pendek.. Mungkin sebab bahagian lengannya terbuka agak luas, dan adakalanya buat badan Zam nampak besar. Itu dari pengalaman Zam sebelum ni bila pakai kemeja lengan pendek. 

Kedua, Tak suka paras 'kependekkan' bahagian lengan kemeja tu. Rasa tak cun.. Hehe

Tiga Sebab Gemar Pakai Kemeja Lengan Panjang Kemudian Lipat.

PertamaZam rasa selesa bila lipatan lengan kemeja tu kemas melekap pada lengan Zam. Dan 'kepanjangan' bahagian lengan kemeja tu boleh ditetapkan mengikut keselesaan Zam- 3 suku panjang.

KeduaZam rasa lebih smart, dan lebih rugged dengan liptan yang dibuat pada bahagian lengan.

Ketiga, bila pakai kemeja lengan panjang, kemudian lipatkannya, rasa macam tambah maskulin sikit.. Haha

Jadi, itulah sebab mengapa Zam suka pakai kemeja lengan panjang, kemudian lipat berbanding memakai baju lengan pendek terus. Kesimpulannya: FESYEN ;)

17 comments:

  1. kalau beli yang panjang boleh tukar selera sambil tukar keselesaan :)

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn abe zam walaupun masa saya pakai lengan panjang saya tak lipat

    ReplyDelete
  3. iqha pun suka tengok lelaki pakai lengan panjang then lipat..nampak lagi smart and bergaya..singgah sini lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. sama pendapat ar ni :))

      btw thanks sb singgah sini lg

      Delete
  4. Lengan panjang lagi praktikal tapi terpulang kepada citarasa masing masing.

    ReplyDelete
  5. 2-2 nampak kemas jika seseorang itu pandai mengemaskan lengan baju .

    ReplyDelete
  6. kte pun suka lelaki berlengan panjang - kemas

    ReplyDelete
  7. perbuatan menyingsing lengan melambangkan kesunguhan sesorang dalam melakukan pekerjaannya. ada sebuah syarikat yang saya ketahui dulu memang menggalakkan gaya melipat lengan di kalangan eksekutifnya sebagai tanda semangat untuk bekerja keras dari akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke ni? baru tahu.. thanks 4 info :)

      Delete
  8. sama ar mcm ayu suka suami pakai baju PDI yg lengan panjang. hihi. pastu lipat smpai siku. hensem btl tgok somi sndiri. hahaha..

    zam..jom join GA simple dimple ayu. dpt tasbih kalau rzki..

    ReplyDelete