e

Thursday, April 3, 2014

Dah Lama Tak Bermain Bokeh | Lampu Apakah Di Dalam Gambar Zam ini?

Assalamualaikum & selamat tengah hari semua.

Bokeh yang Zam tulis dalam tajuk tu sebenarnya perkataan Jepun, yang bermaksud 'kabur'. Biasanya, kesan bokeh/kabur ni dihasilkan dengan lensa kamera tertentu. 

Secara mudah, objek di depan (dalam gambar) akan kelihatan sangat jelas, manakala objek di belakang akan menjadi kabur.

Contohnya dalam gambar Zam di bawah ini. Tangan Zam kelihatan jelas, manakala objek di belakang tangan Zam tu jadi kabur. Itulah yang dimaksudkan 'bokeh'.

Lebih menarik lagi, jika objek di belakang tu ialah lampu berwarna warni. Kesan kabur/bokeh tadi akan menjadikannya cahaya lampu tersebut kembang dan bulat.

Soalan Zam untuk menguji blogger: Dapatkah anda meneka lampu apakah yang Zam jadikan latar dalam gambar pertama & gambar kedua?

Klu: Perayaan di Malaysia.

gambar pertama
gambar kedua



15 comments:

  1. Replies
    1. takpe2 :) tu zam dah edit entri ni jelaskan apa itu bokeh :))

      Delete
  2. dah lama tak main jugak!! tak de gambar cantik

    ReplyDelete
  3. tak pernah dgr..apakah itu??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. zam dah edit entri ni :)) lps ni dah tahu lah kn

      Delete
  4. lampu klip2 yg pasang masa raya kot zam..hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. nak tepat dah tu.. hampir sama.. cer teka lg ;)

      Delete
  5. Pasni kena rajin2 main bokeh hahaha ..
    tak tau pon apa maksudnyerr kalau Zam tak terangkan ..
    kalau kat TEGANU ada satu permainan namanyerr MAIN BOKEH jugak ..
    tp gali lubang sukit letak kayu pastu BOKEH kayu tu tgk jauh mana jaraknyerr ..
    Pastu ukur ...Part paling ssh yg last sbb kena serongkan kayu tu untuk bokeh atas angin..
    Ala nak terangkan pon tak reti dahh ..apapon tu kenangan masa kecik ..

    ReplyDelete
  6. cantikk sangatttttt <333 hehehe nanti ajar buleh? hehehehe

    ReplyDelete
  7. lampu liplap? Haha. Waiting for your next entry.

    ReplyDelete
  8. main bokeh yg pelbagai bentuk lagi cantik..macam bentuk love..haha

    ReplyDelete