e

Saturday, April 26, 2014

Jualan Penghabisan Stok Dengan Potongan Separuh Harga Di LEA Sport Centre

LEA SPORT Centre (sumber)

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Petang semalam ketika berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching, Zam sempat luangkan masa ke Jualan Penghabisan Stok untuk barangan sukan berjenama di LEA Sport Centre. Menariknya, semua barangan yang dipamerkan dijual dengan separuh harga~ dari baju, jersey, kasut sukan dan kasual (barangan kasual dijual di LEA Centre), bagasi dan pelbagai lagi aksesori untuk lelaki dan wanita.
LEA Centre (sumber)




Zam memang selalu ke sana setiap tahun, sebab jualan ni dah jadi aktiviti wajib tahunan mereka. Sejak kali pertama beli baju track top Adidas di LEA Sport Center dengan separuh harga, Zam terus suka & kalau nak cari lagi barang Adidas, Zam cuma akan ke sana :)

7 comments: