e

Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Thursday, October 20, 2016

Awesome Graffiti At Kuching, Sarawak

Awesome Graffiti At Kuching, Sarawak

Satok Street (under Satok Flyover)

Wednesday, September 9, 2015

Imperial Hotel At Kuching Sarawak

Imperial Hotel At Kuching Sarawak

Petang tadi, selesai saja urusan di sekolah, Zam dan beberapa teman sekerja ke Emperial Hotel yang terletak berhampiran pusat membeli belah Boulevard, Kuching untuk meninjau tempat untuk majlis makan malam yang akan kami anjurkan di akhir tahun nanti. 

Selain bertanyakan tentang harga dan menu yang ditawarkan, Zam tertarik dengan rekaan dalaman Imperial Garden Restaurant yang terletak di ground floor ini. Menarik, cantik untuk bergambar. Kiranya sesuai sangat untuk adakan majlis disini, dan bagi majlis makan-makan kali ini, Zam tak mahu tempah bilik khusus/dewan/PA systems seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sudah di hotel lain. Bagi Zam, lebih baik Zam pilih buffet di tempat makan terbuka seperti ini, kerana pilihan menunya biasanya lebih menarik dah berbaloi dengan harga yang dibayar.

Setakat ni, harga buffet lunch/dinner adalah RM69 untuk seorang. Menunya juga berubah-ubah. Sekali sekala makan di tempat begini, pasti meninggalkan kenangan istimewa.


Tuesday, August 25, 2015

Menu Mee Kolok Jadi Sarapan Pagi Di Kuching


Assalamualaikum readers..
Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah, tiba-tiba Zam rasa nak makan Mee Kolok. Kebetulan memang ada satu gerai yang dibuka awal pagi, jadi Zam ke sana untuk bersarapan. Gerai di Page Cafe, Kuching tu memang awal menjual Mee Kolok berbanding gerai lain.

Wednesday, February 25, 2015

Taman Sahabat, Kuching, Sarawak



Assalamualaikum dan selamat petang. Sebentar tadi, Zam baru berkesempatan berjoging di sebuah taman yang terkenal di Kuching, iaitu Taman Sahabat (Friendship Park). Taman ini mendapat nama sempena jalinan yng dimeterai oleh bandar Kuching, Sarawak dengan Bandar Kunming di China. Sebab tu, rekaan taman ini berkonsepkan bangunan tradisi negara China. Untuk info lanjut, boleh baca di blog ini: http://sarawakphoto.blogspot.com/2011/01/taman-sahabatkuching.html

Tempat ni terkenal sebagai kawasan riadah, untuk berjalan di waktu petang mahupun berjogging. Taman ini juga dikunjungi oleh mereka untuk melihat ikan talapia dan ikan kap yang dipelihara di dalam kolam. Dan kebanyakkan dari mereka akan memberi makan kepada ikan-ikan ini.

PS: hari ini, turun 300 gram lepas jogging.. Memang timbang selalu.. hehe.. Alhamdulillah :)

Friday, January 23, 2015

Ke Bandar Kuching Tengok Air Sungai

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Petang semalam, Zam ke Tebingan Sungai Kuching (Waterfront Kuching) untuk melihat keadaan Sungai Sarawak selepas dilaporkan naik baru-baru ini. Dari tinjaun Zam, air sungai dah banyak surut memandangkan hujan tidak turun dengan lebat sehari dua ini, dan cuaca panas muncul sekali sekala.



Monday, October 13, 2014

Nasi Beriani Ketam

Assalamualaikum dan selamat petang.

3 minggu lepas, lebih kurang, Zam berkesempatan mencuba Nasi Beriani Ketam di Kuching. Itupun setelah menu tersebut disyorkan oleh seorang pekerja di restoran tersebut. Terlebih dahulu Zam tanyakan harganya, dan untuk menu tersebut bersama separuh bahagian ketam nipah, harganya ialah RM10.50. 

Setuju dengan harga tersebut, jadi Zam pesan sepinggan walaupun portion ketamnya hanyalah separuh, bukan seekor. Lagipun dah lama tak makan ketam nipah dan teringin nak menikmatinya lagi.

Komen Zam, boleh tahan, memang terasa manis isi ketamnya, lebih lebih lagi dengan isi yang banyak pada bahagian pengepitnya, tapi disebabkan cara masakannya terlalu berempah, rasa ketam itu agak hambar. Makanan laut biasanya dimasak simple je kan, barulah terasa kesedapannya.

Apapun, Zam bagi 3 binta g setengah untuk menu ni. HEHE

Sunday, October 12, 2014

Rezeki Dapat Duduk Depan Ustaz Kazim

Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

Malam ni Zam penuhi ajakan seorang rakan untuk mengikuti ceramah perdana bersama Ustaz Kazim Elias. Ketibaan kami agak lewat sebelum Isyak, jadi memang tempat parking dah penuh.

Di dalam masjid, memang dah ramai dengan jemaah. Dan kami memang jauh dari pentas utama tempat ceramah.

Tapi kerana masalah teknikal terutamanya pada mikrofon dan pembesar suara, Ustaz Kazim berpindah ke tempat mimbar khutbah. Kebetulan kami berada di depan mimbar sejak awal, jadi memang rezeki kami dapat dengar dengan lebih dekat dan dengan suara yang jelas. 

Empat gambar di bawah menunjukkan suasana sesak di dalam masjid menantikan ceramah bermula. Waktu ni, kami jauh dari pentas utama untuk ceramah.

Ustaz Kazim Elias Di Kuching, Malam Ini 12 Oktober 2014


Assalamualaikum dan selamat petang. 

Semalam Zam dapat tahu dari seorang rakan mengenai ceramah ini yang akan diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Pada pembaca yang berada di Kuching khususnya, boleh lah  beramai-ramai hadir ke majlis ilmu ini sempena kedatangan pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias. Suasana di masjid ini pun luas dan selesa, serta beraircond, jadi kalau nak bawa seluruh ahli keluarga pun tak ada masalah :)


Saturday, April 26, 2014

Jualan Penghabisan Stok Dengan Potongan Separuh Harga Di LEA Sport Centre

LEA SPORT Centre (sumber)

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Petang semalam ketika berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching, Zam sempat luangkan masa ke Jualan Penghabisan Stok untuk barangan sukan berjenama di LEA Sport Centre. Menariknya, semua barangan yang dipamerkan dijual dengan separuh harga~ dari baju, jersey, kasut sukan dan kasual (barangan kasual dijual di LEA Centre), bagasi dan pelbagai lagi aksesori untuk lelaki dan wanita.

Thursday, April 24, 2014

Nasi Kerabu Yang Tak Sempat Membiru


Assalamualaikum & selamat malam.

Kisah ini sebenarnya dah lama, tapi Zam terjumpa semula gambar ni tadi masa menyelongkar album lama di FB.

Ada satu gerai makanan di Kuching ni dulu, memang terkenal dengan nasi kerabunya. Lengkap dengan segala lauk dan komponen yang perlu ada pada nasi kerabu. Cuma ada sekali tu, kami pergi terlalu awal ketika gerai baru beroperasi, dan nasi birunya masih belum siap. Jadi kami terimalah apa yang ada walaupun nasi tak warna biru.

Ada rasa ke warna biru tu? Jujurnya, memang tak ada, tapi bak kata juri Masterchef~ "Kita makan menggunakan mata", maksudnya, kita akan tertarik untuk makan dengan cara sesuatu hidangan tu dipersembahkan, dan dalam kes ni, samalah macam Zam yang kepingin dan mengidam nak makan cili hijau selalu, macam kat entri INI. Ada beza ke rasa cili hijau dengan cili merah? 

Mungkin soalnya waktu makan, Zam lebih tertarik kat cili hijau sebab ciri merah dah terlalu mainstream.. Hehe

Sunday, April 13, 2014

Rasa Nak Ikut Balik Sekali & Masuk Dalam Beg


Assalamualaikum & selamat malam semua..

Petang tadi, lepas Zam selesai menjawab exam di OUM, Zam terus pulang ke rumah, sebelum menghantar ibu Zam ke airport Kuching untuk pulang ke Kuala Lumpur di sebelah petang. Dua hari ni, ibu Zam datang bercuti ke Kuching sekejap, dengan tiket murah Air Asia yang dibeli tahun lepas lagi.

Masa hantar ke airport tadi, tiba-tiba rasa nak balik sekali ke KL.. Kalaulah boleh, nak masuk dalam beg tarik ibu Zam.. Tapi tu cuma angan-angan je lah. Macam mana nak balik esok dah start kerja..

Saturday, November 2, 2013

Bersiar-siar Bersama Ibu Di Kuching



Assalamualaikum & selamat petang. Hari ni Zam lewat men'update' blog sebab temankan ibu Zam ke bandar Kuching- jalan-jalan sambil window shopping. Zam kata window shopping sebab tak ada apa nak dibeli. Bulan lepas, ibu Zam dah datang ditemani seorang rakan blogger, & waktu tu memang dah shopping. Jadi kali ini datang hanya bersiar-siar. Esok, ada majlis perkahwinan rakan sekerja ibu di Kuching, itu yang ibu datang lagi ke Sarawak bulan ini.

PS: Tengah fikir nak masak apa malam ni..