e

Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Nasi Kerabu Ikan Keli



Assalamualaikum readers.

Pagi-pagi lagi, Zam dah buat entri Nasi Kerabu.. Sorry lah ek kalau ada yang rasa lapar bila baca entri ni.. Zam pun lapar sebenarnya ni.. Tak sarapan lagi.. Hehe

Nasi Kerabu ni, Zam sempat merasanya lepas habis memancing Sabtu lepas di Samarahan. Balik dalam keadaan lapar, Zam dan rakan-rakan ke Warung 2000 berdepan dengan Summer Mall. Dalam banyak menu yang ada, Nasi Kerabu Ikan Keli yang jadi pilihan.

Zam tak pasti di negeri lain, tapi kalau di Sarawak, Nasi Kerabu ni boleh didapati  dengan mudah juga kerana ramai yang menjualnya. Mungkin kerana mengikut selera orang Semenanjung yang ramai menetap di Sarawak, jadi Nasi Kerabu antara makanan yang laris di sini.

Harganya, RM8. Tak pasti kalau di Kelantan sendiri berapa ringgit harganya. Tapi, bolehlah menghilangkan rasa rindu dan keinginan makan Nasi Kerabu akibat berjauhan.

Tuesday, January 26, 2016

Nasi Kerabu Ibu Dengan X-M1



Assalamualaikum readers.

Entri ni sebenarnya entri throwback. Tahun lepas, ibu Zam ada membuat Nasi Kerabu di rumah untuk menjamu ahli keluarga di Serdang, dan kebetulan juga waktu tu ada dua rakan Zam turut berkunjung ke rumah untuk membincangkan beberapa perkara penting. Adat tetamu bertandang, jadi kami hidangkanlah menu Nasi Kerabu ni kepada mereka.

Salah seorang dari rakan Zam yang datang tu ada membawa bersama dengannya sebuah kamera mirror-less model Fujifilm X-M1. Jadi menu Nasi Kerabu hari tu telah dijadikan subjek fotografi olehnya. Hmm.. Nampak cantik dan menarik juga gambar-gambar yang dihasilkan dari kamera Fujifilm X-M1 ni.

Thursday, April 24, 2014

Nasi Kerabu Yang Tak Sempat Membiru


Assalamualaikum & selamat malam.

Kisah ini sebenarnya dah lama, tapi Zam terjumpa semula gambar ni tadi masa menyelongkar album lama di FB.

Ada satu gerai makanan di Kuching ni dulu, memang terkenal dengan nasi kerabunya. Lengkap dengan segala lauk dan komponen yang perlu ada pada nasi kerabu. Cuma ada sekali tu, kami pergi terlalu awal ketika gerai baru beroperasi, dan nasi birunya masih belum siap. Jadi kami terimalah apa yang ada walaupun nasi tak warna biru.

Ada rasa ke warna biru tu? Jujurnya, memang tak ada, tapi bak kata juri Masterchef~ "Kita makan menggunakan mata", maksudnya, kita akan tertarik untuk makan dengan cara sesuatu hidangan tu dipersembahkan, dan dalam kes ni, samalah macam Zam yang kepingin dan mengidam nak makan cili hijau selalu, macam kat entri INI. Ada beza ke rasa cili hijau dengan cili merah? 

Mungkin soalnya waktu makan, Zam lebih tertarik kat cili hijau sebab ciri merah dah terlalu mainstream.. Hehe