e

Monday, March 28, 2016

Nasi Kerabu Ikan Keli



Assalamualaikum readers.

Pagi-pagi lagi, Zam dah buat entri Nasi Kerabu.. Sorry lah ek kalau ada yang rasa lapar bila baca entri ni.. Zam pun lapar sebenarnya ni.. Tak sarapan lagi.. Hehe

Nasi Kerabu ni, Zam sempat merasanya lepas habis memancing Sabtu lepas di Samarahan. Balik dalam keadaan lapar, Zam dan rakan-rakan ke Warung 2000 berdepan dengan Summer Mall. Dalam banyak menu yang ada, Nasi Kerabu Ikan Keli yang jadi pilihan.

Zam tak pasti di negeri lain, tapi kalau di Sarawak, Nasi Kerabu ni boleh didapati  dengan mudah juga kerana ramai yang menjualnya. Mungkin kerana mengikut selera orang Semenanjung yang ramai menetap di Sarawak, jadi Nasi Kerabu antara makanan yang laris di sini.

Harganya, RM8. Tak pasti kalau di Kelantan sendiri berapa ringgit harganya. Tapi, bolehlah menghilangkan rasa rindu dan keinginan makan Nasi Kerabu akibat berjauhan.

3 comments:

  1. eh, zamani dduk samarahan seknrg?
    dh lma xjenguk sini..huhu..
    warung 2000 rindunya..

    ReplyDelete
  2. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete