e

Wednesday, September 9, 2015

Imperial Hotel At Kuching Sarawak

Imperial Hotel At Kuching Sarawak

Petang tadi, selesai saja urusan di sekolah, Zam dan beberapa teman sekerja ke Emperial Hotel yang terletak berhampiran pusat membeli belah Boulevard, Kuching untuk meninjau tempat untuk majlis makan malam yang akan kami anjurkan di akhir tahun nanti. 

Selain bertanyakan tentang harga dan menu yang ditawarkan, Zam tertarik dengan rekaan dalaman Imperial Garden Restaurant yang terletak di ground floor ini. Menarik, cantik untuk bergambar. Kiranya sesuai sangat untuk adakan majlis disini, dan bagi majlis makan-makan kali ini, Zam tak mahu tempah bilik khusus/dewan/PA systems seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sudah di hotel lain. Bagi Zam, lebih baik Zam pilih buffet di tempat makan terbuka seperti ini, kerana pilihan menunya biasanya lebih menarik dah berbaloi dengan harga yang dibayar.

Setakat ni, harga buffet lunch/dinner adalah RM69 untuk seorang. Menunya juga berubah-ubah. Sekali sekala makan di tempat begini, pasti meninggalkan kenangan istimewa.








2 comments: