e

Thursday, September 10, 2015

Masterchef Asia 2015 Episod 2: Cabaran Kumpulan Pertama, Peserta Dari Filipina Tersingkir

Assalamualaikum readers

Dalam episod Masterchef Asia kali ini, cabaran berkumpulan yang pertama diperkenalkan. Kelebihan terbesar dalam cabaran memasak kali ini diberikan kepada peserta dari Singapura, Lennard Yeong yang telah memenangi cabaran episod 1.

Lennard diberi kelebihan menjadi kapten kumpulan Biru dalam episod 2, dan dapat memilih 6 lagi peserta untuk menyertai kumpulannya. Sudah semestinya, peserta yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai kebolehan memasak yang hebat.

Ini menjadikan 7 peserta lain berada dalam kumpulan underdog, namun mereka tetap cuba memberikan menu yang terbaik.

Cabaran kali ini bertemakan kanape, dan setiap kumpulan perlu menyediakan 5 menu dalam saiz hidangan yang kecil dan mini, bersesuaian dengan temanya dan menghidangnya kepada beberapa pengunjung.

Peraturannya, kumpulan yang mendapat undian terbanyak akan memenangi cabaran, dan kumpulan yang kalah akan berdepan dengan penyingkiran salah seorang ahlinya.

Hidangan Kumpulan Biru

Hidangan Kumpulan Merah


Akhirnya, 51 undian dari 80 diberikan kepada kumpulan Biru yang diketuai Lennard, dan peserta yang tersingkir dari kumpulan lawan (Merah) adalah Jake Aycardo dari Filipina. Kumpulan Merah hanya mendapat 29 undian memandangkan terdapat banyak hidangan mereka yang mendapat komen negatif.


Jake Ayarcado menjadi peserta yang disingkirkan kerana menu yang dijanjikan tidak sama seperti yang dihidangkan, selain kekurangan rasa dari bahan utama yang disertakan dalam hidangannya. 



Komen:

Berbeza dengan siri Masterchef Australia yang Zam biasa tengok, nampaknya tiada peluang kedua diberikan kepada peserta yang berada dalam kedudukan tercorot. Menonton Masterchef Asia bagaikan melihat pertandingan kalah mati. Satu episod, satu peserta tersingkir. Dan ada 13 episod lagi ia akan berlangsung dengan 13 peserta.

Jadi peserta kekurangan peluang untuk menyerlahkan bakat dengan lebih jauh mereka dalam Masterchef Asia.

Tips:

Ada beberapa tips yang Zam rasa berguna untuk dikongsikan:

1. Jangan lupa memperisakan hidangan, walaupun hanya dengan sedikit garam.
2. Pastikan rasa manis tidak keterlaluan dalam hidangan pencuci mulut.
3. Tambahkan idea moden sedikit di dalam hidangan tradisional.
    (suka idea sos dari buah markisa untuk popia di bawah ni:)


4. Pilih tekstur bahan yang betul.

No comments:

Post a Comment