e

Monday, April 7, 2014

Kegunaan Bitstrips

Bitstrips, di awal kemunculannya dulu ramai yang rajin bermain dengan aplikasi FB ini. Walaupun sekarang ini amat jarang mereka yang memuat naik dan berkongsikan status kartun di FB menerusi Bitstrips, tapi Zam masih gemar menngunakannya, biarpun jarang-jarang.

Biasanya Zam gunakan Bitsrips untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada rakan. Ada juga digunakan untuk menghasilkan gambar yang bersesuaian dengan entri blog Zam ketika Zam tiada gambar untuk disertakan bersama entri.

Tapi dalam banyak2 kegunaannya, Zam paling suka gunakan ia sebagai prank atau gurauan kepada rakan-rakan Zam. Biasanya Zam edit reaksi wajah rakan-rakan di Bitstrips dengan situasi yang mengenakan mereka. Menarik..!

Err.. Ada pengguna Bitsrips di sini?


12 comments: