e

Monday, April 21, 2014

Ranking Alexa Yang Naik Turun


Assalamualaikum & selamat malam.

Bila Zam sibuk dengan tugasan sekolah, assignment dan bercuti, biasanya Zam tak sempat nak mengemaskini lebih banyak entri di blog dan membuat kunjungan balas di blog rakan blogger. Paling tidak, Zam akan cuba membalas komen yang ditinggalkan pengunjung di setiap entri. Jadi maafkanlah Zam ya sebab dah lama tak blogwalking ke blog anda semua.

Satu perkara yang Zam perasan pada blog bila Zam tak sempat melakukan kesemua perkara diatas ialah, ranking Alexa yang tidak menentu. Naik sekejap, turun sekejap. Itu yang sering berlaku.

Baru-baru ni, bila Zam berkunjung ke blog Kak Mialiana, Zam terjumpa entri "Tersenarai Dalam Top 40 Blogger Melayu Malaysia 2014". Dan menerusi pautan yang disediakan oleh Kak Mialiana, Zam dapat tahu blog Zam juga tersenarai, di tangga ke 28 pada waktu itu (kredit kepada bro Pendekar Berkuda sebab sudi sediakan list tu)

Nak kata Zam hebat dengan kedudukan tu, tidak lah. Sebab Zam percaya, banyak blogger yang lebih hebat dari Zam. Masing-masing ada kelebihan & keistimewaan sendiri. Jika ranking Alexa sesuatu blog itu besar, adakah bermakna blog itu tidak sebaik blog yang kecil angka (ranking) Alexanya? Jawapan mengikut pandangan Zam, TIDAK :)

Angka tu bukan segala-galanya- itu yang Zam pegang dan percaya sampai sekarang. 

Di dalam masa yang sama, mungkin ada banyak lagi ilmu yang kita perlu cuba dan praktikkan sama-sama untuk memajukan blog masing-masing. Kan :)

13 comments:

  1. Tahniah ye. Solehah bangga sbb solehah salah satu pengomen setia sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks solehah :) and thanks sb slu dtg sni

      Delete
  2. Datang membalas kunjungan dr segmen Kak Mia...selamat bersegmen

    ReplyDelete
  3. yup... agree with you. Saya pon experience turun naik ranking Alexa sejak kebelakangan ni... and ranking Alexa is not everything to describe successful blog... traffic is also important... and not necessarily high Alexa ranking means high volume of traffic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed with all things that you stated.. kdg2 benda ni melibatkan beberapa teknik.. jadi kalau ada ilmu yg lebih utk memanipulasi rank alexa dan diamalkan, boleh berjaya. tinggal usaha sendiri untuk belajar ttg nya :)

      Delete
  4. takpe zam... pegang kata sifu kak mia janji update hehe..

    ReplyDelete