e

Wednesday, April 16, 2014

Sambungan Kisah Seekor Singa Dan Anak Baboon

Assalamualaikum selamat pagi semua.

Sebelum ini Zam pernah kongsikan di blog 1 gambar seekor singa yang sedang menatap seekor anak baboon, cuma kesudahannya Zam belum dedahkan lagi. Ramai juga yang meneka apakah yang terjadi kepada anak baboon tersebut, jadi dalam entri ini Zam akan kongsikan kisah sebenar yang mengkagumkan dan tidak diketahui ramai ini.

Selepas Ibu Baboon Dibunuh, Anaknya Tidak Diapa-apakan Oleh Si Singa

Jurukamera Evan Schiller dan isterinya Lisa Holzwarth berada di Utara Botswana ketika mereka menyaksikan detik mencemaskan apabila sekumpulan baboon melarikan diri dari serangan singa-singa betina.

Malangnya di dalam kejadian tersebut, seekor baboon betina yang cuba melarikan diri telah ditangkap dan dibunuh oleh salah seekor singa. Dan ketika itulah, Evan dan isterinya terlihat seekor anak baboon yang bergantungan pada badan ibunya.


Mereka hanya mampu menahan nafas dan menyaksikan anak baboon tersebut yang berada di depan singa.

Ajaibnya, ia tidak diapa-apakan oleh si singa..

sebaliknya dengan lembut si singa menilik-nilik si anak baboon tersebut

dan dengan lembut juga, dia mengambil anak baboon tersebut dari pokok dengan giginya, lalu duduk bersama

si anak baboon pula dalam masa yang sama cuba menyusu dari si singa

Aksi yang mengkagumkan bukan setakat ini saja, tapi

si singa turut menghalau singa jantan lain yang cuba menghampiri..

dan ketika itulah, si bapa baboon mengambil peluang ini untuk menarik anaknya dari singa-singa tersebut..

10 comments:

  1. honestly,,touching giler baca kisah ibu singa and anak baboon ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. wah..ingat ke ie nak apa2 kan babbon tu...binatang pun ada sifat syg menyyg mcm tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... tuhan nak tunjuk sesuatu lh tu

      Delete
  3. huhu..touchingnya..dlu pun penh jadi antra singa ngn ank rusa kot..tpi finally singa tu mati sbb kelaparan..huhu..sedeyh..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah. Sangat 'cantik' story ni Zam... Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak... tak pernah sangka pkra mcm ni brlaku di salah satu ceruk dunia

      Delete
  5. anak baboon kecik lagi, maka singa bagi chance dia membesar dulu, tengok dunia... huhuu

    ReplyDelete