e

Saturday, April 19, 2014

Tengah Seronok BBQ, Tiba-Tiba


Assalamualaikum & selamat malam semua. Lewat sedikit mengupdate entri terbaru memandangkan Zam sibuk dengan aktiviti dengan rakan petang tadi. Sebelum ni Zam ada bagitahu Zam nak berpiknik dan BBQ kan.. Cuaca pun elok,cerah dan tak panas sangat sebab dah pukul 4 bila kami tiba di Sungai Rayu, Lundu.

Setelah mencari tempat yang strategik untuk membuat tempat BBQ, kami keluarkan ayam yang diperam. Tapi nak hidupkan bara dari arang ambil masa gak, jadi sambil-sambil tu, ada yang dah masuk ke dalam sungai terlebih dulu. Bila tempat BBQ dah ready dan ayam dah dibakar, Zam pula ambil giliran mandi di sungai. Sempatlah juga mandi sampai puas.

Nak dijadikan cerita, bila semua dah mandi dan nak menikmati ayam yang dah dibakar, tiba-tiba hari mula hujan.. Rintik-rintik, kemudian terus bertukar lebat. Apalagi, bergegas lah kami berkemas. Jadi plan BBQ hari ni dapat dibuat sekejap je, dan banyak lagi bahan yang belum dibakar.. 

Apa nak buat lepas ni? Makanan masih banyak belum dibakar..

(bersambung)

18 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. sb zam ada idea nak buat entri lain pula :)

      Delete
  2. Replies
    1. hehe zam dh tulis entri terbaru tu.. jemput tgk ae

      Delete
  3. Makanan yang tak abis makan boleh buat makan-makan kat rumah pulak dengan kawan2...:D

    ReplyDelete
  4. Macam telenovela pulak ada sambungan

    ReplyDelete
  5. BERSAMBUNG la pula ..CAM DRAMA la Zam hehehhe..
    Raser2 yg tak sempat di bakar tu mestibalik bakar kat umah kan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terikut drama jepun sebenarnya ni.. hehe.. haa.. yezza tepat skli.. smbg d rumah pula ;)

      Delete
  6. hahahaha... kesiannya... tapi sempat mandi sampai puas tu kira ok lah...
    p/s: sebab tu next time... kena naikkan juga khemah memasak :D

    ReplyDelete
  7. alamak..skg nih musim hujan pulak kan.. :)

    ReplyDelete
  8. kalau tgh bbq tiba2 hujan mmmg kelam kabut berkemas kan... deno pula bila bbq dgn family, bbg kat bawah garaj kereta, jadi kalau ujan tak risau dah :)

    ReplyDelete