e

Tuesday, May 13, 2014

Barangan Pengantin Yang Disalah Gunakan

Ada sekali ni, bila Zam ke kedai yang menjual peralatan perkahwinan / barang hantaran (macam bunga, bakul, renda & sebagainya tu), Zam terjumpa fur trims pelbagai warna yang dijual dalam meter. Terus, Zam dapat idea untuk jadikan fur trims tu sebagai permainan untuk Ah Keng. Mesti dia suka kejar-kejar & melompat tangkap fur trims yang seakan-akan ekor tu nanti.

Tak mahal pun semeter. Dalam RM3. Tapi nak buat apa beli panjang-panjang kan.. Jadi Zam cakap & tanya kat pekerja kedai tu, Zam nak pendek je- jadi berapa pendek yang boleh dia jual pada Zam.

Dia tanya kenapa nak pendek je.. Zam cakap, nak bagi kucing main. Tergelak dia. Lepas tu, terus dia guntingkan dalam 15cm untuk Zam. 50 sen je.. Hehe

Jadi, inilah hasilnya.. Baru lepas main dengan si Ah Keng ni tadi. Kelebihan memberikan kucing anda bermain adalah supaya dia dapat gunakan tenaganya kearah yang lebih baik., selain untuk kesihatan kucing dan menghilangkan stressnya :)


21 comments:

  1. Hehehe..2 in 1 ni..hiasan hantaran dan untuk terapi kucing..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan salah guna apa tadi.....rupanya buat main kucing...hehe

    ReplyDelete
  3. olo.. so kreatif... comey jek kucing tuh.. suke ngikuss..

    http://www.norainyusoff.com/2014/05/resepi-kek-batik-yang-simple-lagi-sedap.html

    ReplyDelete
  4. ni bkn disalah guna tapi gunakan sebaiknya...hehehe~

    ReplyDelete
  5. hahaha..title dah cuak..
    kucing adik husna pon pantang nampak yg mcm tu, suka benor dya mengejar..:p

    ReplyDelete
  6. dulu ade kucing..shida suka agah2 kucing dgn slendang mak time dulu2 yg de renda2 tu..ligat kucing kejar hahaa..

    ReplyDelete
  7. ala omey2..suka dia..tergedik2 main bnda tu..kreatif! klu kt umah timm main dgn lidi ja..hehe..

    ReplyDelete
  8. comelnyer Ah Keng..rasa mcm nak cubit jer..hehe :D mcm best jer Ah Keng main..nak join sekali..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah keng ni kucing jiran zam sbnrnya.. dia slu ke rumah zam

      Delete
  9. hehe kreatif juga Zam ni..
    tak pernah terfikir pun hikhik..

    ReplyDelete