e

Friday, May 9, 2014

Daging Kangaroo Halal Dimakan Tak??

Assalamaualaikum dan selamat malam semua :)



Tiba-tiba Zam kemukakan tajuk entri yang pelik ni, harap tak ada yang kehairanan. Saja je nak tarik perhatian dan pendapat pembaca di blog Zam ni. 

Sebabnya, selama ni bila Zam dapat tahu banyak menu dalam rancangan masakan antarabangsa menggunakan daging kangaroo, buat kan Zam terfikir sejenak.

Kangaroo ni herbivor, tak makan haiwan lain, dan sekali imbas, macam halal dimakan kalau kena cara sembelihannya.

Jadi bertanyalah ramai saudara muslim kita terutamanya di Australia tentang status halal daging kangaroo ni. Menerusi media internet, Zam selidiki banyak pendapat mengatakan ia halal untuk orang Islam, dan sumbernya dipetik dari SINI dan SINI

Tapi kan, walaupun halal, macam tak sanggup nak makan bila mengenangkan kangaroo ni masuk dalam kategori makhluk bulus yang comel.. Kesian lak rasa aih... 

13 comments:

  1. tak terasa nak makan pun sama jugak macam arnab.haiwan berbulus yang comel :)

    ReplyDelete
  2. ye la..tak sanggup nak makan..macam pelik jer..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. sama la, tak sampai hati nak makan kanggaroo yg mukanya amat innocent tu... hahah ;3

    ReplyDelete
  4. errr!boleh makan ea?daging arnab pun iqha tak sampai hati nak makan,,huhu

    ReplyDelete
  5. lah boleh makan ke?? hehehe baru taw..:p

    ReplyDelete
  6. hihih...tak pernah terfikir pulak soalan zam ni...tapi bagus jugak Zam kongsikan info ni coz saya pun baru tahu...

    ReplyDelete
  7. Kalau halal, alhamdulillah boleh lah makan, macam daging rusa atau kijang. Di Australia kangroo ini telah jadi musuh kpd tanaman kerana terlalu banyak populasi nya.waktu dulu dulu dia menjadi protected animaldi Australia tapi skrg bebas dibunuh utk buat makanan

    ReplyDelete