e

Friday, May 9, 2014

Terima Kasih Kerana Sudi Sumbangkan RM50

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Ini sebenarnya kisah selepas solat Jumaat tadi. Biasanya kami-guru-guru, staf & murid-murid ke masjid berdekatan bersama-sama. 

Selesai solat, ketika kami sedang melangkah untuk ke van, kami didatangi seseorang yang Zam biasa nampak di sekitar kawasan tersebut, tapi tak dikenali. Zam tengok dia bercakap-cakap dengan salah seorang rakan Zam, & dari gayanya, Zam rasa mungkin dia nak beri sumbangan pada murid-murid oku Zam.

Dalam van menuju ke sekolah, baru Zam tahu lelaki tadi menyumbangkan RM50 untuk anak murid Zam yang berlima tu.. Alhamdulillah rezeki.. Dulu-dulu pun, memang akan ada hamba Allah yang pemurah menghulurkan duit kertas kepada anak murid Zam selepas kami selesai solat Jumaat.

(gambar 2009..kat masjid yang sama)

14 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga Allah bukakan pintu rezeki..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..rezeki hari jumaat..semoga rezeki insan tu diperluaskan..aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, dgn keberkatan hari ni :)) amin

      Delete
  3. alhamdulillah..rezeki mereka zam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki anak2 istimewa,...
    Moga 2murah rezeki mereka dan rezeki Zam jugak ygbyk bg tunjuk ajar pada mereka semua..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..rezeki mereka.moga mereka terus dimurahkan rezeki..aminn

    ReplyDelete
  6. sedekah di hari jumaat yg barakah..syukur anak2 itu..:)

    ReplyDelete