e

Saturday, May 24, 2014

Memang Dah Subjek Zam

(kucing di Matang Wildlife Centre semalam)

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Biasanya, rakan-rakan FB Zam memang tahu benar kegemaran Zam bila memuat naik sesuatu gambar. Tak lain tak bukan, gambar-gambar kucing yang Zam ambil sendiri. Kerana dah kerap dan selalu sangat muat naik gambar kucing di FB, ada yang perasan dan tegur Zam:

"Asyik kucing, kucing, kucing je.. Tak ada gambar lain?"

"Asyik kucing je.. Letak la gambar awek ke"

Haa.. Itulah antara komen yang diterima. Tapi kan, nak kata Zam muat naik gambar kucing setiap hari, tak ada pula.. Seminggu sekali pun belum tentu. 

Jawapan Zam, kucing memang dah lama jadi subjek fotografi Zam. Setengah orang, suka ambil gambar pemandangan, ada yang suka ambil gambar model a.k.a talent samada perempuan atau lelaki, dan bermacam-macam lagi. Subjek ni boleh jadi pelbagai, dan mengikut minat orang.

Jadi jangan dipelikkan kalau kucing selalu jadi bahan untuk Zam menulis entri, k .. Lagipun, hari ni kan Caturday ;)

3 comments: