e

Saturday, May 3, 2014

Terus Penuh Dengan Aktiviti Bila Sampai Ke KL!

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Sebab sibuk dengan urusan pulang ke semenanjung petang semalam, sampai ke malam Zam sibuk dan tak sempat nak update banyak entri. Sampai LCCT pukul 4.55 petang, dan sampai rumah dah dekat pukul 7. 

Aktiviti pertama, ambil anak buah dari sekolah. Kemudian, uruskan mereka sebelum keluar makan di Kuala Lumpur lepas maghrib. Adik Zam yang ajak, dan sampai ke Kampung Baru kami jejak. Alhamdulillah, jumpa restauran yang benar-benar hidangkan makanan yang sedap. Serius sedap! Dan buat pertama kali, Zam makan sejenis makanan yang simple tapi rasanya, umphh!

Nak tahu makanan apa, nantikan kisahnya nanti ya.. 

PS: Malam tadi betul-betul rasa panas.. sampai kena tidur dalam bilik beraircond.. Kalau tak, tak lena tidur..

14 comments: