e

Saturday, June 28, 2014

Bila Berlaku Kebocoran Pada Kepala Tangki Gas Di Rumah


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Bercuti 2 minggu di semenanjung baru-baru ini, ditambah dengan seminggu tidak memasak setelah pulang ke Kuching kerana hanya makan bekal Nasi Arab Purple yang dibawa dari Serdang, membuatkan Zam tak memasak dan menggunakan dapur Zam. Namun, sebaik sahaja Zam teringin nak menggunakannya, Zam temui satu perkara yang tak disangka-sangka.

Sewaktu memasang dan mengetatkan kepala tangki gas pada tangki, tiba-tiba Zam terdengar desiran gas yang keluar darinya. Zam cabut semula kepalanya dari tangki, dan memasangnya sekali lagi. Masih berbunyi. 3 kali mencuba, yakinlah Zam ada berlaku kerosakan atau kebocoran pada salur getah atau kepala tangki tersebut.

Mujur, Zam cabutkan kepalanya dari tangki setiap kali nak pulang ke semenanjung. Takut juga kalau berlaku kebocoran sewaktu Zam tak ada di rumah.

Dan baru sebentar tadi, Zam sempat membeli set kepala tangki gas yang baru. Masa tu, kedai dah nak ditutup dah.. Mujur.. Rezeki.. Kalau tak, apalah Zam nak masak masa bersahur dan berbuka esok.

PS: Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan semua :D

7 comments:

  1. Selamat menunaikan ibadah puasa buat zam sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan...Alhamdulillah, nasib baik Zam dah ambil langkah pencegahan...

    ReplyDelete
  3. sila repair yer salam ramadan dari kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. mujur rajin cabut sebelum kluar.. bahaya tuh klau ada pembocoran gas tp kita tak taw..

    ReplyDelete