Assalamualaikum & selamat malam semua.
Petang tadi, selepas kerja, Zam dan seorang rakan ke Institut Perguruan yang berdekatan untuk berjumpa dengan tutor bagi membincangkan hal assignment. Selesai dari urusan tersebut, Zam terus pulang. Sampai di rumah, Zam dapat satu pesanan ringkas dari rakan yang mengajak Zam berjoging di taman berhampiran. Zam ikutkan sahaja, lagipun tak ada apa nak dibuat di rumah. Selesai joging, Zam pulang, duduk tak sampai sejam menonton TV sebelum keluar semula untuk makan malam di luar bersama rakan yang mengajak Zam berjoging tadi.
Tiba-tiba ketika makan, Zam rasa sakit kepala.. Macam dicucuk cucuk rasanya otak tu..
"Kau tak berehat lagi kot hari ni.." Kata kawan tu.. Mungkin juga.. Seharian, Zam buat aktiviti tanpa henti.. Sepatutnya, Zam berehat dulu tadi..
Apapun, sekarang dah selamat atas katil... Ingatkan nak tengok Portugal menentang Jerman malam ni, tapi Zam dah tak larat sangat....
No comments:
Post a Comment