e

Monday, June 16, 2014

Cristiano Ronaldo Sahkan Akan Bermain Dalam Perlawanan Bertemu Jerman Hari Ini


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Sebelum ini, memang timbul pertanyaan di kalangan peminat bola sepak dan penonton berkenaan kemunculan Cristiano Ronaldo sempena perlawanan menentang Jerman hari ini. Ronaldo yang bermain untuk pasukan Portugal dikhabarkan mengalami kecederaan di lutut kirinya sebelum ini, namun beliau mengesahkan bahawa beliau akan turut sama turun padang untuk pertemuan dengan Jerman (sumber).

Semestinya, ramai yang menantikan aksi pemain ini ketika menentang Jerman malam ini. Walaupun sejarah sebelum ini menyaksikan pasukan Jerman selalu mengalahkan Portugal, namun keputusan itu belum tentu dapat dijadikan ukuran yang relevan untuk menentukan pemenangnya malam ini.

2 comments:

  1. Kalah teruk portugal tadi... German 4, Portugal 0.. Nampak wajah Cristiano sugul je tadi

    ReplyDelete
  2. kecewa.. even tak dapat tgk... -_-

    ReplyDelete