e

Monday, June 30, 2014

Maaf.. Ini Penjelasan Untuk Entri Tadi


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Dalam entri sebelum ni, Zam hanya sempat kongsikan satu gambar tanpa sebarang ulasan lanjut. Mulanya Zam ingat nak sunting semula entri tesebut dengan huraian lepas sahaja selesai dengan kesibukan di sekolah, tapi setelah tamat sesi persekolahan tadi, Zam buat keputusan untuk terus ke bandar mencari barang keperluan dapur, dan terus pulang. Sampai di rumah, Zam terus tertidur sebab kepenatan.

Jadi, baru sekarang Zam sempat memberikan sedikit huraian mengenai entri tersebut.

Tentu ada dikalangan kita pernah mengalami situasi dimana, tak bersahur kerana tertidur dan terbangun lambat. Sedar-sedar, dah lepas azan Subuh.. Tentu kecewa kan.. Itu yang pertama.. Mana taknya.. Ingat dapatlah mengalas perut dan menambahkan tenaga sebelum berpuasa, tapi langsung tak sempat nak makan apa-apa hatta minum seteguk air dan sebiji kurma.

Namun selain rasa kecewa, tentu ada yang rasa rugi sebab tak dapat jalankan satu sunnah Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam yang penting ketika di bulan Ramadhan ni. Rugi sebab tak dapat pahala bersahur.. 

Tapi nak buat macam mana kan.. Dah tak ada rezeki.. Apapun, lepas ni mungkin kita boleh jalankan langkah yang lebih intensif untuk terjaga lebih awal untuk bersahur. Cukup masa dan tidak terkejar-kejar untuk menyediakan makanan dan makan. 

Caranya? Insya Allah kita kan bincangkan kemudian. K :)

5 comments:

  1. besok pagi pastikan bangun sahur ye :)

    ReplyDelete
  2. Ala ruginya Zam...takper arini jgn lupa sahur kunci jam cepat2 ..

    ReplyDelete
  3. frust jugak lah kalau tak terjaga waktu nak sahur..:(

    ReplyDelete