e

Monday, June 30, 2014

Perlukah Paksa Anak Kecil Untuk Berpuasa?


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Dalam menjalani ibadah puasa, sebagai orang dewasa tentu kita ingin melatih dan membiasakan anak-anak kecil kita berpuasa kan.

Melatih ini, ada pelbagai caranya~ mengikut kesesuaian keadaan fizikal seorang kanak-kanak atau tahap kesihatannya. 

Tentang umur kanak-kanak yang dirasakan sesuai untuk dilatih berpuasa, mungkin ramai diantara kita yang memilih ketika mereka berumur 7 tahun.

Ini mungkin kerana kita sering terbiasa mendengar tentang suruhan Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam supaya kita mengajarkan anak-anak bersolat sejak berusia 7 tahun, dan merotan mereka jika tidak bersolat ketika 10 tahun. Jadi kita beranggapan mengajar puasa juga harus dimulakan sejak umur 7 tahun lagi.

Tapi itulah, mungkin ada yang terkeliru.

Adakah dengan 'memaksa' kanak-kanak berumur 7 tahun ini berpuasa dianggap melatih? Melatih dan mengajar tidak semestinya dengan memaksa.

Mungkin iu bapa boleh melatih mereka dengan berpuasa separuh hari dulu. Mungkinlah.. Itu cuma pendapat Zam. Bukan apa, takut jadi macam apa yang Ustaz Dato' Abu Hasan Din katakan diatas.. Kasihan budak-budak tu nanti.

Apapun, Zam percaya ibu bapa diluar sana sudah tentu ada cara terbaik dalam melatih anak-anak berpuasa :)

3 comments:

  1. selagi tak baligh dikecualikan ja tp klo nak latih ok jer

    ReplyDelete
  2. betul tu zam. budak2 dipaksa. sampai lembik. kesian. dulu masa kecik mak abah ayu xpaksa. tapi sampai masa, ayu boleh puasa dengan baik. alhamdulillah. tu petanda yang budak2 ni akan pandai puasa bila sampai masanya. puasa 1/2 day utk budak2 dah kira ok.
    latih solat. tu yg utama.

    ReplyDelete