e

Wednesday, June 25, 2014

Resepi Mudah Di Bulan Ramadhan: KURMA GORENG

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, Zam nak kongsikan satu resepi yang mudah dan memberikan kelainan kepada sesuatu yang biasa kita makan sebelum ini. Kurma Goreng? Ya, kurma goreng.. Kalau kita ada pisang goreng, cempedak goreng, sukun goreng, kenapa tidak kurma goreng, kan?

Sebelum Zam kongsikan resepinya, ada cerita disebalik penemuan kurma goreng ni.. Nak tahu? Haa ini dia:

12 tahun dulu (ye, dua belas tahun dahulu.. 2002), ketika Zam belajar di Manjung, Lumut, Perak- kebiasaannya Zam akan keluar berbuka puasa di luar. Dan salah satu tempat yang Zam tuju selain bazaar, ialah surau-surau yang berdekatan.

Ada satu hari ni, Zam ke sebuah surau yang baru dibina. Dan ketika waktu berbuka, mungkin kerana masih baru, jadi penyediaan juadahnya juga simple, hanya kurma yang digoreng dengan tepung seperti cempedak goreng.

Hanya itu yang ada, tapi disebabkan aromanya yang sedap dan ditambah dengan rasa lapar, banyak juga kurma goreng yang Zam makan ketika itu. Itulah kali pertama Zam mencuba kurma goreng, dan bagi Zam rasanya memang sedap juga.

Jadi, ni Zam nak kongsikan resepinya ya:
  1. Kurma (ikut suka hati nak guna banyak mana)
  2. Air untuk merebus kurma (celur dengan air panas pun ok)
  3. Tepung beras (Zam guna tepung beras sebab nak bagi rangup)
  4. Sedikit garam
  5. Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
  6. Minyak masak
Cara-cara:
  1. Buang biji kurma.
  2. Rebus kurma atau celurkan kurma ke dalam air panas untuk melembutkannya (sekejap je, tak lama pun.. 5-10 minit)
  3. Setelah agak empuk, angkat dan toskan.
  4. Bancuh tepung beras bersama air, garam, dan kunyit. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sebab nak dapatkan kerangupan yang sesuai.
  5. Panaskan minyak. 
  6. Masukkan kurma yang telah dibuang biji dan dicelur dalam air ke dalam bancuhan tepung. Kemudian, masukkan sebiji demi sebiji ke dalam minyak panas.
  7. Angkat, dan toskan kurma setelah nampak rangup dan keperangan.
Dah siap! Kalau nak lagi kreatif, boleh gantikan biji kurma tu dengan badam. Kalau Zam dulu, bukan setakat badam, kurma yang dah siap digoreng tu Zam salut dengan coklat cair pula, macam biskut Almond London. Selamat mencuba ya ;)

(Kredit kepada blog Hasrul Hassan untuk peluang yang diberikan ini. Nak tahu? Klik di pauatan ini: BLOGLIST SAHABAT BLOGGER RAMADHAN 2014.)

7 comments:

  1. pergh..dengaq sudahh syannn oooo...nyum2..buat satu bro gua mau rasa

    ReplyDelete
  2. sama tak macam buat cekodok kurma? macam lebih kurang je..

    ReplyDelete
  3. Macam sedapp jer jer ..tak pernah lagi mencuba ..InsyaAllah boleh kak Lya cuba buat nnt ..

    ReplyDelete
  4. ptg2 suruh mak buatkan :) makan ngan air teh panas. erk *perut bunyik

    ReplyDelete
  5. first time tahu pasal kurma goreng..kena cuba ni

    ReplyDelete
  6. menarik!! first time dengar kurma goreng..:)

    ReplyDelete