e

Sunday, June 15, 2014

Siapa Blogger Yang Hadir Dalam Acara Makan Cadburry

Assalamualaikum & selamat malam semua.


Tak sangka juga tadi bila Zam dapat tahu dari status beberapa rakan blogger di FB mengenai isu yang berlaku sekitar Forum Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif. Tentu ada yang maklum, dalam sesi tersebut beberapa blogger telah dijemput untuk meyakinkan pengguna tentang Cadburry dalam satu sesi memakan confectionery tersebut. Tapi yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa pegawai dari JAKIM tidak terlibat ketika sesi tersebut?

Secara langsung ini akan menambahkan lagi keraguan dan kepercayaan masyarakat. Dalam masa yang sama, macam memberikan pandangan yang tak elok pula kepada blogger-blogger yang terlibat. 

Zam ada terfikir juga, siapakah blogger-blogger yang dimaksudkan dalam berita yang disampaikan oleh Astro Awani tu. Tapi setakat ni, rasanya tak ada yang Zam kenal. Serius, rasa tak puas hati juga hanya blogger yang dipertanggungjawabkan untuk sesi tersebut, bukannya pegawai seperti yang dikhabarkan akan turut sama.

6 comments:

  1. Sakit ati jugak bila mendengarnyerr ..

    ReplyDelete
  2. memang nampak seperti mempegunakan Blogger .. hemm

    ReplyDelete
  3. blogger2 sekarang perlu lebih bijak. siapa sangka.. rupanya blogger2 punya pengaruh yg kuat. kalau tak diorg2 tu tak sebut pasal blogger.....

    ReplyDelete
  4. a'ah.. pastu habis effect semua blogger

    ReplyDelete