e

Wednesday, July 30, 2014

Berselfie Di Kawasan Perkuburan

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Salam Syawal ke 3.

Rasanya, isu yang Zam ketengahkan hari ini dah diketahui ramai sejak semalam. Apapun sebelum kita pergi lebih jauh tentangnya, jom kita renungi 3 situasi di bawah ini. Bukan nak salahkan sesiapa, cuma nak mengajak pembaca merenung kembali mengenai perkara ini:

#1 Seorang hamba Allah, mengeluarkan kamera/handphone dari poket seluarnya lalu mengambil gambar suasana kawasan perkuburan di pagi Hari Raya.

#2 Seorang hamba Allah, meminta orang lain untuk mengambil gambarnya di sebelah kubur ahli keluarga/kenalannya,

#3 Seorang hamba Allah, mengeluarkan kamera/handphone bersama monopod, lalu berselfie (ambil gambar sendiri) di kawasan kuburan.

Kita menilai bukan hanya dengan mata. Kita menilai dengan akal fikiran - perasaan- beserta pengalaman dan pemahaman kita tentang budaya semasa hasil dari ledakan teknologi masa kini.

Ketiga-ketiga situasi yang diberikan, berlaku di kawasan yang sama- iaitu kawasan perkuburan. Dan gambar juga diambil dengan gadjet yang sama.

Namun, pastinya ada perasaan canggung, rasa tidak kena, dan pelik apabila melihat situasi ke 3, berbanding situasi 1 dan 2 yang dianggap normal.

Kenapa?

Tidak kah kita boleh mengkategorikan semuanya sebagai sama saja?

Zam rasa, tentu ada di kalangan pembaca mempunyai pendapat yang sama dengan Zam, tapi sukar nak menterjemahkannya.

Bila sebut tentang selfie, ramai yang memahaminya sebagai ambil gambar sendiri (ambari). Dan pemahaman tentang niat selfie juga berbeza dari 1 individu ke individu yang lain. Jadi menilainya dengan cara yang sama mungkin cara yang tak tepat.

Lagi satu, tak semua orang boleh terima cara kita berselfie. Macam contoh, ramai orang boleh terima isu tentang selfie-ramai yang buat, tapi bila berselfie dengan monopod, ramai dan ada juga yang tak boleh terima. Mungkin nampak keterlaluan, terlalu bersungguh, bergantung pada situasi dan suasana. Ini sesetengah pendapat.

Jadi diringkaskan cerita, kalau nak beselfie, carilah tempat yang sesuai.. sebab kita akan tunjuk gambar tu kepada tontonan umum kelak, kan.. Kawasan kuburan tu, rasanya tak sesuai untuk selfie.. Untuk tujuan situasi 1 dan 2 tu, okay lagi.. K :) Peace No War 

7 comments:

  1. kurng sesuai la nk berselpie kt kwasn tu..aduhai..

    ReplyDelete
  2. selfie dekat kubur, selfie dekat masjid, selfie DEPAN KAABAH. haish. tak tahulah. maybe nak ajak orang ke arah kebaikan kot.

    ReplyDelete
  3. yang nombor 3 tu memang tak sesuai. perlulah bersesuaian dgn tempat

    ReplyDelete
  4. saya hormati pandangan ini. saya pun rasa tak sedap sebenarnya nak ambil gambar dekat selfie. ingatkan balik diri sendiri, kenapa nak pergi kubur.

    nampak kubur, ingat mati. kalau tengah berselfie di kubur, agak-agak ingat apa ye?

    ReplyDelete
  5. semua tak sesuai..klau ye byk tmpt lagi nk boleh..kt kubur jgk..gi kubur tkpyh la nk tunjuk pic kat org.diam2 sudah.

    ReplyDelete
  6. Umm.. nampak kurang sopan pada yang melihat. elakkanlah..

    ReplyDelete
  7. berselfie salah tempat...memang tak wajar!

    ReplyDelete