Assalamualaikum & selamat pagi semua. Salam Syawal ke 3.
Rasanya, isu yang Zam ketengahkan hari ini dah diketahui ramai sejak semalam. Apapun sebelum kita pergi lebih jauh tentangnya, jom kita renungi 3 situasi di bawah ini. Bukan nak salahkan sesiapa, cuma nak mengajak pembaca merenung kembali mengenai perkara ini:
#1 Seorang hamba Allah, mengeluarkan kamera/handphone dari poket seluarnya lalu mengambil gambar suasana kawasan perkuburan di pagi Hari Raya.
#2 Seorang hamba Allah, meminta orang lain untuk mengambil gambarnya di sebelah kubur ahli keluarga/kenalannya,
#3 Seorang hamba Allah, mengeluarkan kamera/handphone bersama monopod, lalu berselfie (ambil gambar sendiri) di kawasan kuburan.
Kita menilai bukan hanya dengan mata. Kita menilai dengan akal fikiran - perasaan- beserta pengalaman dan pemahaman kita tentang budaya semasa hasil dari ledakan teknologi masa kini.
Ketiga-ketiga situasi yang diberikan, berlaku di kawasan yang sama- iaitu kawasan perkuburan. Dan gambar juga diambil dengan gadjet yang sama.