e

Friday, July 25, 2014

Ephyra Kembalikan Keyakinan Dengan Wajah Yang Lebih Cerah Dan Sihat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~

EPHYRA- Kepada mereka yang mengenali dan telah mencuba produk ini, Zam yakin tentu anda berpuas hati dengan kesan yang diperolehi daripadanya. Keberkesanannya bukan omongan kosong, dan Zam akan kongsikan kepada pembaca semua kesan yang diperolehi oleh Zam sendiri, kesan dari pengambilannya. 

Manalah tahu, jika sebelum ni ada diantara pembaca yang pernah melihat iklan dan billboard EPHYRA dimana-mana, tapi masih berkira-kira untuk mencubanya. Jadi, jom baca kisah Zam kali ni:

DAPAT HADIAH EPHYRA SEMPENA GIVEAWAY :)




Sebulan yang lalu, Zam terima sekotak EPHYRA 30 SACHET bersama hadiah istimewa- sehelai T-Shirt Ephyra yang cun ni sempena giveaway yang dianjurkan oleh blogger MIALIANA.COM dan penaja OCEANLIFE2U. Terima kasih ya. Pucuk dicita ulam mendatang... Zam sebenarnya dah beberapa kali mencubanya sebelum ini, dan memang Zam nantikan sangat hadiah ni. Bolehlah tambahkan lagi keserian wajah sebelum raya kan.. Hehe


PS: cakap tentang produk kesihatan macam ni, memang Zam cukup suka.. Sebab sejak 10 tahun yang lalu, Zam merupakan peminat dan pengguna pelbagai jenis makanan tambahan seperti ini untuk kekalkan keremajaan kulit.. Serius! Dan kini Zam beralih kepada EPHYRA pula.


>>DIARI EPHYRA ZAMANI ABE<<

Berikut adalah rentetan kisah di sepanjang tempoh Zam mengamalkan Ephyra. Kesan yang diperolehi memang dapat dilihat dan dibuktikan sendiri:

#1 TAK PERCAYA UMUR ZAM DAH 30!

Sempena hari jadi Zam 26 Jun yang lalu, sepupu Zam tanya berapa umur Zam tahun ni. Soalan sensitif tu.. Tapi Zam dah biasa, jadi rilek je Zam jawab.

Bila Zam katakan umur Zam dah masuk 30, dia terkejut macam tak percaya! Katanya nampak macam baru 20+. Dan seorang rakan di FB pun ada beritahu perkara yang sama sewaktu ucap selamat hari jadi. "UMUR 30 TAPI MUKA 24".. Haha.. Alhamdulillah :))!

#2 KULIT JADI SEMAKIN CERAH, TIDAK KUSAM LAGI!


Untuk perubahan #1, Zam nak tunjukkan perubahan dari kulit yang gelap kepada kulit yang lebih cerah dan flawless. Memang Zam akui sejak minggu pertama meminum Ephyra, kulit Zam tampak lebih cerah. Zam ni, selalu terdedah dengan panas cahaya matahari sebab terlibat dengan aktiviti luar. Sebab tu muka Zam cepat 'hangus'. Tapi sejak ada Ephyra ni, Zam tak risau lagi. Memang boleh tengok perubahan tu dengan mata sendiri.

Untuk perubahan #2, Zam nak fokuskan kepada perubahan kulit wajah yang kusam kepada tona kulit wajah yang lebih baik. Lebih berseri dan bermaya. Kalau dulu kusam, kini kepada kulit sawo matang yang cerah. Zam ni, paling tak suka dengan kulit kusam.. Sebab nampak tak berseri je.. Mujur sekarang ada rawatan yang sesuai untuknya.

PS: Ini memang tak libatkan sebarang suntingan pengcahayaan dan efek kamera 360.. Memang gambar yang asal ;)

#3 KULIT MAKIN HALUS, PARUT JERAWAT MAKIN PUDAR

Parut jerawat berlubang memang antara jenis parut yang sukar dirawat dan dihilangkan, dan mengambil masa yang agak lama untuk dirawat. Namun begitu, bagi mereka yang ada masalah parut jerawat berlubang, Zam sangat sangat syorkan Ephyra ni. (Zam pernah tulis harapan Zam tentang rawatan parut jerawat berlubang ni di SINI). 

Terbukti setelah mengamalkannya, makin lama, kulit jadi lebih halus dan tidak rasa kasar atau mengerutu lagi, dan parut jerawat yang berlubang pun turut sama akan jadi semakin pudar. Kulit menjadi lebih anjal, dan kedalaman parut berlubang tu semakin kurang. Ini yang paling Zam puas hati.

#4 EPHYRA JUGA SESUAI DIMAKAN BERSAMA YOGURT

Bila Zam belek pemplet Ephyra tu betul-betul, baru Zam teringat yang selain air, Ephyra juga boleh dibancuh bersama yogurt. Kalau air yang digunakan untuk melarutkan Ephyra ni dah biasa dilakukan, teringin pula Zam nak makan dengan yogurt. 

Untuk pengetahuan anda, memang menjadi kebiasaan Zam menyimpan stok yogurt asli di rumah untuk tujuan masakan, jadi kali ini, Zam cuba resepi olahan sendiri nak-nak lagi ketika puasa ni~ FROZEN YOGURT EPHYRA BERSAMA KURMA~~

(pengaruh Masterchef.. Hehe)

Pada yang nak tahu macam mana rasanya, bolehlah cuba ya.. Kalau nak yang lebih mudah, Zam cuma campurkan yogurt asli bersama Ephyra, dan tambahkan buah kurma dan badam serta tak perlu bekukan ;) Kiranya, Ephyra ni pengganti kepada rasa buah-buahan yang biasa dicampurkan di dalam yogurt.

#5 SAKIT LUTUT HILANG SEJAK MENGAMALKAN EPHYRA

Dulu sebelum mengamalkan Ephyra, lutut sebelah kanan Zam selalu terasa sengal-sengal dan sakit. Aduhh... Nak-nak lagi bila buat aktiviti lasak terlalu lama. Apa yang Zam perasan sangat, dah lama rasa sakit tu tak datang.. Alhamdulillah.. Ini antara kesan yang paling ketara, dan Zam memang betul-betul berterima kasih untuk produk yang hebat ini!

# 6 SISTEM PENCERNAAN YANG SEMAKIN LAWAS

Bila rasa nak lawaskan makanan yang dimakan, Zam akan minum secawan Ephyra. Ia dapat membantu sistem pencernaan untuk melawaskan makanan tersebut, dan hasilnya, badan akan rasa lebih selesa dan segar.. Memang terbaik!

Kalau rasa sukar untuk membuang air besar, atau rasa macam 'tak puas' bila keluar dari tandas, Zam syorkan anda untuk gunakan Ephyra ni.. Selesai masalah, Insya Allah ;)


Haa... Macam mana? Okay tak testimoni dari Zam ni? Pada yang berminat untuk mencuba Ephyra ini, jangn risau kerana Ephyra mempunyai rasa yang enak, berbau harum, dan halal. Tak kan timbul isu kena tutup hidup sambil pejam mata masa minum Ephyra ni. Sedap rasanya. Pertama kali mencuba dulu, Zam tak sabar nak rasa lagi. Halal pula tu.. Dalam lambakkan produk makanan kesihatan di pasaran sekarang ni, Zam utamakan yang halal. Kalau Zam nak amalkan sesuatu produk, memang yang penting Zam akan cari yang halal dulu.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang testimoni dari pengguna lain? Boleh ke pautan yang Zam sediakan di bawah, terutamanya dari FB OCEANLIFE2U

Berikut disertakan cara untuk menghubungi dan mendapatkan Ephyra ini:

ISI BORANG DI SINI (klik)







(Promote Ephyra Di Sekolah sempena Minggu Kecergasan)

11 comments:

  1. hebatla produk ephyra nie ye zam...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum zamani...mmg terbaik la...:)

    ReplyDelete
  3. Dah hensem, lepas ni ramai la awek-awek masuk meminang. Hehehehe

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. eh samerla... rmai yg tak percya sy pun dh berumur 30tahun...
    pennagan ephyra kot..hehe

    ReplyDelete
  5. Wah siap masak..
    GOOD LUCK..

    Syiera dari giveaway sama
    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/07/review-selepas-30-hari-ephyra-ternyata.html

    ReplyDelete
  6. Salam, terima kasih kerana sudi menyiapkan entri review Ephyra sendiri.

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat 15 Ogos 2014 (telah dipinda atas permintaan Puan Amiza)

    Good luck ya... (^_^)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Tahniah ya... (^_^)

    http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-fasa-kedua-giveaway.html

    ReplyDelete