e

Thursday, July 10, 2014

Layan Semi Fainal Di Rumah, Sambung Dalam Kereta, Dekat Sekolah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tentu ramai yang tak ketinggalan menyaksikan perlawanan diantara Belanda dan Argentina pagi tadi. Zam mulanya menonton di rumah, dan ketika menghampiri pukul 6, Zam sedar Zam tak sempat nak tengok masa tambahan sebab Zam perlu bergerak ke sekolah. Mujur dalam perjalanan ke sekolah dengan rakan, Zam masih berpeluang menonton dari tv yang dipasang dalam kereta. 

Menghampiri sekolah, sesi penentuan dengan sepakan penalti baru hendak bermula. Jejak sahaja kaki ke sekolah, Zam bergegas ke dewan makan. Disana ada tv, jadi Zam menontonnya sehingga ke akhir perlawanan. 

Hmm... Kesian pula Belanda.

Walaupun masing masing bermati matian mempertahankan gawang gol selama 90 minit, kemudian ditambah masa tambahan, tapi ramai juga yang mengatakan perlawanan hari ni membosankan.


8 comments:

  1. apa-apapun mereka dah sehabis baik bermain...tahniah Argentina..

    ReplyDelete
  2. Game yg melibatkan Argentina memang membosankan..lebih membosankan team My Fantastic Holland kalah..kih2

    ReplyDelete
  3. Tu diaa..layan bola bersambung2. Kat mane2 p0n boleh. :D

    ReplyDelete
  4. kalau dah minat bola tu...mana2 pon sanggup kan?

    ReplyDelete
  5. nasib dalam kereta ade tv..ehehhee..sempat lagi tu cikgu

    ReplyDelete