e

Thursday, July 10, 2014

Tak Perlu Sebab Yang Munasabah Untuk Menyokong Pasukan Pilihan

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Demam piala Dunia dah sampai ke kemuncaknya. Dengan tewasnya pasukan Belanda pagi tadi, maka berakhirlah teka teki siapakah yang bakal berentap di perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara.
Sepanjang 62 perlawanan yang berlangsung sebelum ni, tentu ramai diantara kita yang menyokong lebih dari satu pasukan pilihan.

Tak kisahlah sama ada kita peminat bola sepak atau tidak selama ini - ataupun boleh jadi seorang yang tiba tiba meminati tanpa sebab yang munasabah- mungkin kerana dah sampai musimnya, dan boleh jadi juga seorang yang menyokong dari jauh tapi tidak menonton, cukup sekadar tahu keputusan selepas berakhirnya perlawanan- Semuanya mahu ada pasukan pilihan sendiri. Kan?

Dan 'sebab' menyokong sesuatu pasukan juga tidak semestinya satu alasan yang rasional. Kadang kadang, tak ada kaitan dengan bola pun.

Macam Zam, ada antara pasukan yang Zam sokong merupakan pasukan bukan pilihan Piala Dunia. Antaranya Jepun dan Australia. Sebab sokong; sejak kecil Zam minat Jepun (pengaruh animasi dan drama alih bahasa); dan Australia tu sebab Amina peserta Masterchef kegemaran Zam tu warganegara Ausie. Itu je. Hehe

Waktu Portugal menentang Jerman dulu, Zam keliru juga mana nak sokong. Dua dua pasukan pilihan. Portugal ada pemain kegemaran Zam- Christiano Ronaldo, dan Jerman ada Mesut Ozil. Tentu ramai yang tahu Christiano seorang aktivis Palestin, dan Mesut sahabat baik Christiano pula seorang muslim.

Korang pula, apa pasukan pilihan korang sebelum ni?


ahahaha XD

5 comments:

  1. akak pulak sokong Brazil....tetapi selepas Neymar injured segala impian musnah...lebih kelakar bila Brazil kalah 1-7 dengan Germany.....

    ReplyDelete
  2. Ana tak suke bola.. Jd takde pasukan utk di sokong. Hehe.

    ReplyDelete
  3. husna pon tak sokong mana2.. tak reti tengok bola..hahaha..

    ReplyDelete