e

Tuesday, July 22, 2014

Masak Gulai Lemak Sayur, Sardin Bakar Cicah Budu Untuk Rakan

Assalamualaikum semua.

Semalam, tiba giliran Zam pula untuk mengajak rakan-rakan berbuka di rumah Zam, selepas berbuka di rumah mereka beberapa minggu lalu.

Mulanya Zam keliru juga nak masak apa untuk mereka. Fikir punya fikir, last last teringat pada menu kampung yang Zam makan di restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu Kelantan.

Jadi menu itulah yang Zam cuba masak semalam, cuma bahan saja yang ditukar sedikit. Zam bakar ikan sardin untuk dicicah bersama budu, selain ulam ulaman seperti kacang botol dan timun. Lauk berkuah, Zam buat Gulai Lemak Sayur. Kepak ayam, Zam goreng celup tepung. Pergh.. Memang terangkat la...

6 comments: