Assalamualaikum & selamat malam semua.
Bila ke masjid & surau, nak-nak lagi di malam bulan puasa ni pasti kita akan melihat kanak-kanak yang turut serta kan. Ada yang solat, dan tak kurang juga yang bermain dan bergurau. Bagaimanakah kita sebagai orang dewasa mengendalikan hal ini?
Tertarik dengan pandangan Dr. Maza di FB, Zam kongsikannya bersama anda :)
Mesra Kanak-Kanak (di ambil dar DrMAZA.com)
Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak. Islam tidak pernah melayankan kanak-kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli masjid. Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang antara seorang dengan Allah. Kata Abu Qatadah al-Ansari:
“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).
Inilah kemesraan agama dengan kehidupan kanak-kanak. Kemesraan seperti ini tidak kelihatan dalam kejumudan fikiran sesetengah orang yang enggan melihat agamanya dari jendela sunnah Nabi s.a.w tetapi lebih selesa dengan ikutan golongan yang keras dan menghukum agama menurut perasaan mereka yang hambar. Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain -rawi hadis tidak pasti- menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:
“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.
Suasana yang mesra ini telah melahir generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi s.a.w: “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari).
Sesekali tidak mengapa, sbb da juga dalil mengatakan wanita lebih afdal solat di rumah...
ReplyDeleteIslam tak membebankan ...ni lah islam..
ReplyDeleteAllahuakhbar! Islam itu sangat indah.:)
ReplyDeleteperkongsian yang menarik :)
ReplyDeletemenarik nih tapi husna rasa lebih baik solat di rumah atau ada yg tolong jagakan.. risau anak tu tak betah duduk lama2..
ReplyDelete