e

Friday, August 22, 2014

Jenazah Muhammad Afif Dan Ibunya Selamat Dikebumikan Di Kuching

Al Fatihah

Mereka berenam ketika menaiki pesawat MH17, melakukan perjalanan pulang ke Malaysia dari Amsterdam setelah menetap di Kazakhstan selama 3 tahun. Kepulangan yang sepatutnya menjadi hijrah terbaru keluarga ini disamping pulang untuk berhari raya di Kuching bertukar menjadi khabar pilu buat ahli keluarga mereka, termasuklah seluruh warga Malaysia.

Hari ini, dua daripada mereka telah diterbangkan ke Kuching dan selamat dikebumikan di Semariang, Petrajaya. Walaupun tidak lengkap dengan 4 jenazah ahli keluarga yang lain, kepulangan mereka sedikit sebanyak pasti memberikan kelegaan kepada ahli keluarga, dan Insya Allah, jenazah Tambi Jiee, Muhammad Azfal, Marsha Azmena dan Muhammad Afruz akan menyusul tidak lama lagi. Doakan segala urusan mereka yang terlibat di sepanjang proses pengecaman jenazah dipermudahkan, dan semoga ahli keluarga mereka terus dikurniakan ketabahan.


Muhammad Afif (dua dari kiri) bersebelahan ibunya Ariza Ghazalee



Ketibaan pesawat yang membawa jenazah di pengkalan TUDM Kuching

Kaum keluarga yang menanti ketibaan jenazah Muhammad Afif dan Ariza Ghazalee


Sumber dari Sarawakiana:

KUCHING: Dayang Misbah Abang Anuar, ibu saudara Allahyarhamah Ariza Ghazalee dan nenek saudara kepada Allahyarham Muhammad Afif Tambi tidak dapat menahan air matanya ketika pesawat khas membawa jenazah dua beranak tersebut mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching tepat jam 2.17 petang sebentar tadi. 

 Misbah, 69-tahun yang ditenangkan ahli keluarganya adalah di antara kira-kira 500 orang hadirin yang menanti ketibaan pesawat khas berkenaan yang terbang dari KLIA ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching untuk menyambut dua jenazah mangsa MH17. Jenazah mereka telah diterbangkan dengan menggunakan pesawat C-130 Hercules dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11.25 pagi tadi.

Rejimen Keempat Kor Amor Diraja dengan kekuatan 30 anggota akan menjalankan istiadat ketenteraan ketika menyambut jenazah. Jenazah dua beranak Allayarhamah Ariza (Ibu) dan Allahyarham Muhammad (anak), mangsa tragedi MH17 akan diterbangkan ke TUDM Kuching dari KLIA akan melalui Jalan Lapangan Terbang, Jalan Tun Jugah, Jalan Tun Razak, Jalan Marikan Salleh, Jalan Tun Sallehuddin , Bulatan Gersik, Bulatan Mahkamah, Bulatan Secso, Jalan Sarawak Golf Club, Jalan Masjid Negeri dan disembahyangkan di Masjid Jameq sebelum meneruskan perjalanan melalui Bulatan Semariang, Jalan Sultan Tengah dan ke Tanah Perkuburan Samariang untuk dikebumikan (dijangka selepas Solat Assar). - Sarawakiana

2 comments: