e

Friday, August 22, 2014

Puas Dengan Imiginasi Dalam Mimpi Subuh Tadi

Pagi tadi, Zam bermimpi menaiki pesawat sekali lagi. Memang acapkali, mimpi yang menjengah di malam hari berkisarkan pesawat. Namun kali ini, pesawatnya lebih luas. Zam teruja kerana dapat pergi ke satu destinasi impian, dengan sebuat pesawat yang canggih. Sebelum berlepas, pesawat tersebut menunjukkan kecanggihannya membuatkan Zam rasa seronok di dalam mimpi.

Ketika dalam penerbangan naik, Zam sempat menjengah ke dek yang berada di depan Zam. Macam keretapi pula, ada dek. Sebaik dibuka pintu yang memisahkan ruang dek, Zam terpukau kerana apa yang berada di depan mata ialah suasana seperti di sebuah hospital. Ada hospital di dalam pesawat? Wah.. Ini sesuatu yang luar biasa dan mewah!

Tiba tiba pesawat melakukan pusingan. Cepat cepat Zam cari tempat untuk berpaut agar tidak terjatuh. Zam pandang ke luar tingkap, dan lihat pesawat melakukan pusingan seolah olah di selekoh tajam..

Ps. Bersambung...

1 comment: