e

Friday, August 29, 2014

Tak, Zam Tak Balik Ke Semenanjung Minggu Ni

Assalamualaikum dan selamat malam.

Waktu ni, Zam masih berada di sekolah, hari kedua berkampung di sini tapi kali ini untuk majlis Ambang Merdeka yang diawalkan penganjurannya. Selain tu, ada majlis makan makan dengan BBQ dan sebagainya.

Sedang berBBQ tadi, Zam dapat panggilan telefon dari ayah Zam di Serdang. Pertanyaannya, adakah Zam akan pulang sempena cuti 3 hari ni. Jika sebelum ni, memang cuti 4 hari atau 3 hari, Zam akan balik ke Semenanjung untuk habiskan masa dengan family. Biasanya, Zam akan pulang tanpa memberitahu untuk membuat surprise dengan mereka. Cuma kali ni, Zam kata pada ayah, Zam tak balik sebab tiket dah mahal masa Zam survey dulu. Jadi habiskan cuti 3 hari ni dengan rakan-rakan saja.

Apapun, 2 minggu lagi dah nak balik semenanjung sempena cuti sekolah seminggu. Jadi sehingga masa itu, Zam sabar sajalah menanti :)


2 comments: