e

Thursday, September 11, 2014

11 September 2014: Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2014 Hari Ini Dibatalkan

Assalamualaikum dan selamat petang.

Belum pun reda isu kertas soalan Sains UPSR 2014 yang ditangguhkan pada hari ini kerana dilaporkan telah bocor, kini warga pendidikan dikejutkan sekali lagi dengan pembatalan kertas soalan Bahasa Inggeris yang telah pun diambil oleh calon UPSR pada hari ini. Perkara ini amat mengecewakan dan menghampakan ramai pihak, lebih-lebih lagi kepada calon UPSR itu sendiri.

Berikut adalah petikan kenyataan akhbar berkenaan isu ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:


Kepada calon-calon yang mengambil UPSR pada tahun ini, bersabarlah.. Insya Allah, ada hikmah di sebalik perkara ini. Teruskan istiqamah dalam menuntut ilmu, dan semoga dapat menempuh peperiksaan yang bakal diadakan dengan baik dan lebih bersemangat dari sebelum ini.

2 comments:

  1. adeh tak faham gak cane boleh bocor..
    my sis darjah 5 dia cakap, kertas paper yg upsr budak2 darjah 5 yg tolong..
    tataulah sebab tuh boleh bocor or what.. pening nih camana boleh bocor.. sabor je lah..

    ReplyDelete