e

Tuesday, September 9, 2014

Di Tangan Orang Jepun, BELALANG Pun Boleh Jadi Hebat

Teringat zaman kanak-kanak dulu, siri Kesatria Baja Hitam atau Kamen Rider Black (Kamen membawa maksud topeng dalam bahasa Jepun) adalah antara siri popular yang diminati oleh mereka yang sebaya Zam pada waktu itu (awal 1990 an). Sekarang, walaupun Zam dah dewasa, bila difikirkan balik konsep hero atau adiwira bertopeng ala belalang yang Zam tengok semasa kecil, Zam boleh terima konsep itu. Nampak hebat dan cool biarpun heronya bermata lampu merah yang besar yang biasanya akan dianggap lucu dan pelik.

Kenapa ya, belalang serangga yang lemah, tidak menarik boleh diangkat menjadi watak adiwira, tidak seperti Barat yang memilih labah labah yang elegen, pantas sebagai Spiderman.

Entah apalah yang difikirkan oleh orang Jepun ketika mencipta watak ini, tapi apa yang pasti Kamen Rider Black mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri, dari seluruh dunia.

Mungkin juga plot ceritanya yang lebih mensasarkan golongan dewasa, lebih kompleks berbanding siri hero lain pada waktu itu membuatkan ia boleh diterima oleh peminat. Mungkin juga, kerana langkah memperkenalkan motorsikal sebagai jentera tempur merupakan sesuatu yang sangat cool dan kena sangat dengan mereka yang meminati motorsikal berkuasa tinggi.

Atau mungkin saja, kerana heronya berwarna hitam, tidak terlalu banyak warna seperti hero kanak-kanak yang lain.

Apapun, di tangan orang Jepun, sesuatu yang simple pun boleh nampak hebat ;)


5 comments:

  1. Teringat kembali zaman kanak2. Minat dengan kesatria baja hitam ni....:)

    ReplyDelete
  2. tak minat kamen rider, tapi penah tengok lah sbb adik yg buka. skrg dah tak ingat sebenanye mcm mane cerite die, hehe

    ReplyDelete
  3. ahahaha dah agak dah mesti Kamen Rider.. bwahaha :3
    suka sangat Kamen Rider.. byk episode tinggal woa.. nak kejar pun tak sempat :3 byk sgt series dia :D
    tapi banding Kamen dgn Power Rangers... bias lebih dekat Power Rangers ahahaha XDD
    cita omputih tak suka tgok sgt hero dia yg pakai mask nih.. lebih prefer kalau diaorang action public XDD

    belalang ok gi :D kuat owh.. sekali terbang.. habis padi hilang.. :D

    kalau cicak? erkkk.. (tahu dia binatang ciptaan Tuhan) tapi geli geleman lah.. dalam byk2 binatang cicak jugak jadi hero adehhh.. (aritu tengok kan diarang tayang cicak man dekat tv)

    suit yg apek pakai habis kepek-kepek.. (kemek) adehhh...
    yg tak best rosak cerita.. hero dia apekk... arghhh no....

    diaorang ada konsep dah cuma tak suka konsep cicak.. and sepatutnyalah kan.. tumpukan "cicak man" tuh pada action not comedy.. TT^TT

    menangis hati ni tgok cerita tuh aritu.. ahaha..

    ReplyDelete