e

Tuesday, September 9, 2014

Insya Allah Hadiah Akan Diposkan Esok Dengan Flexipack

Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

Entri ni sebenarnya berkenaan 2 hadiah Mini Power Bank untuk 2 pemenang bertuah menerusi segmen Zam sebelum ni. Pada mulanya Zam nak poskan hadiah tu semalam, tapi disebabkan ada urusan penting yang tak dapat dielakkan waktu tu dan hari ini, jadi Zam tangguhkan dulu. Insya ALLAH, esok selepas waktu sekolah Zam akan poskan. Harap pemenang bertuah~ Izyan dan Sis Aziela dapat tunggu ya :)

Pengeposan akan dibuat dengan Flexipack dari Pos Malaysia ni. Lebih praktikal, dengan 2 cara lipatan samada pelanggan mahukan ia berbentuk kotak, ataupun berbentuk paket- mengikut keinginan pelanggan dengan kesesuaian barangan di antara 1kg hingga 2kg yang ingin diposkan.


Alang alang dah cerita tentang Flexipack ni, Zam nak maklumkan yang ada dua jenis Flexipack untuk penghantaran domestik (dalam Malaysia)- warna kuning dan warna biru. 

Untuk warna kuning, penghantaran adalah diantara negeri-negeri di semenanjung, Sabah ke Sabah, dan Sarawak ke Sarawak. Terdapat dalam 2 saiz, untuk barang dengan berat 1kg (RM4.50) dan juga untuk 2 kg (RM5.50).

Warna biru pula untuk pengeposan dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung, Semenanjung ke Sabah/Sarawak, Sabah ke Sarawak dan Sarawak ke Sabah. Juga terdapat dalam pek untuk barang 1 kg (RM6) dan 2 kg (RM10).


3 comments:

  1. seronoklah sapa yg dapat..hehe..tahniah..

    ReplyDelete
  2. Flexipack ni juga lebih murah harganya utk hantar barangan ringan ke negara2 lain berbanding dengan syarikat courier lain.

    ReplyDelete