e

Wednesday, September 10, 2014

Kertas Soalan Sains UPSR 2014 Bocor | Peperiksaan Ditangguh 30 September 2014

Kertas Soalan Sains UPSR 2014 Bocor | Peperiksaan Ditangguh 30 September 2014

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Apabila mendapat perkhabaran ini dari blog HASRUL HASSAN, Zam bagaikan tidak percaya. Selaku guru yang mengajar subjek Sains untuk calon-calon UPSR tahun ini, semestinya ia satu berita yang menggemparkan Zam dan rakan guru yang lain.

Kertas soalan Sains dengan kod 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) yang sepatutnya yang diambil oleh mereka pada esok- Khamis 11 September, akan ditangguhkan ke tarikh baru, iaitu pada 30 September 2014.

Memetik sumber dari Astro Awani


Menurut kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Dr Na'imah Ishak kepada Astro AWANI, siasatan awal LP mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. "Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan.

"Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah.

Perkara serius ini telah dilaporkan ke pihak berkuasa untuk dijalankan siasatan dan dikenakan tindakan undang-undang. 

Memang merbahaya kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan kes kebocoran soalan ini. Dalam masa yang sama, ada kesan yang akan mengganggu perancangan pihak sekolah, terutamanya yang telah merancang pelbagai program selepas UPSR untuk murid-murid mereka.

6 comments:

  1. saya pn cikgu sains UPSR. rasa frust sangat. dah all out dah untuk esok :(

    ReplyDelete
  2. kesian budak2... menganggu emosi lah ble jd mcm ni

    ReplyDelete
  3. Salam Zam ..Kak Lya terjah sini ..Lama tak jenguk ..Menabung Lactacyd untuk Zam ..Tadi Kak Lya ada tgkkat Buletin UtamaTv3 pasal ni..

    ReplyDelete
  4. rasa frust jugak..soalan UPSR pon dorang nak bocorkan jugak ke?..tak amanah

    ReplyDelete
  5. siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

    ReplyDelete