e

Wednesday, September 3, 2014

Teh Ba Bao Jadi Penawar Mujarab Untuk Batuk?

-Batuk-

Kalau Zam kena penyakit ni, memang susah nak sembuh. 

Paling-paling, sebulan pun tak hilang lagi.

Dan masa tu, memang Stripsils dan gula gula Hacks jadi teman sejati. Telan lah banyak mana pun, sekejap je rasa lega.

Tapi

Baru- baru ni, Zam didatangi batuk lagi. Kesnya, minum air ais kerap sangat masa berbuka puasa. 

Dalam hati kata, habislah, kali ni Zam mesti batuk lama & susah nak hilang.

Masuk dewan peperiksaan OUM pun, bawa sekali Stripsils. Siap sedia agar tak buat bising.

Nak jadi cerita, Zam berkesempatang ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli dengan rakan-rakan Serdang Zam. Masa tu, Zam pesan Teh Ba Bao ni untuk minum. Nak la rasa kelainan kan, dari air tin atau air panas yang biasa diminum.


Dan apa yang Zam perasan, keesokannya batuk Zam dah hilang! Dan ini pengalaman kali kedua batuk Zam hilang selepas meminum teh herba. Kali pertama dulu, waktu Zam ke Stimboat Al Sinni di Bangi. Lepas minum teh bunga di sana, batuk yang tengah teruk boleh hilang.

Jadi lepas ni, kalau batuk, mungkin Zam boleh cari lagi Teh Ba Bao ni di Restoran Mee Tarik Warisan Asli milik sepenuhnya pengusaha Cina Muslim. Sebab tu hidangan di sini berbeza dan pelanggan akan dapat rasa kelainan dan keunikan menu masakan yang dihidangkan :)



5 comments:

  1. 1st time dengar teh nie zam...nak google jap..

    ReplyDelete
  2. salam singgah. kalau campuran teh hijau, teh merah, teh putih yang ada dalam Cinch Tea untuk up kan metabolisme badan tu, penah la saya minum :D

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi rasa teh nie....

    ReplyDelete
  4. Sedap woo! Di situ ada jual campuran tehnya kan?

    ReplyDelete