e

Thursday, October 16, 2014

Siapalah Bagi Nama Mohamad Sofwan Ni??

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baru baru ni, heboh dan menjadi viral di Facebook apabila gambar seorang kanak kanak lelaki yang dikenali Mohamad Sofwan menyelamatkan seekor anjing ketika banjir. Tapi apa yang tragiknya, setelah ramai yang berkongsikan gambar itu dan memuji muji Mohamd Sofwan, telah didapati bahawa kisah itu adalah palsu.

Zam gunakan perkataan 'kisah palsu' kerana dari nama yang diberikan, tentu ramai yang beranggapan kanak kanak itu beragama Islam, tetapi sanggup menyelamatkan seekor anjing ketika banjir yang berlaku di Malaysia.
Padahal, namanya telah direka sebagai seorang kanak kanak Muslim, sedangkan gambar itu sebenarnya diambil dari kejadian banjir yang berlaku di Filifina tahun lepas.

Siapalah yang sebarang meletakkan nama itu ketika menyebarkan kisah ini, dan apakah motifnya? Adakah hanya kerana mahu melariskan sesuatu page di FB lalu mereka cerita?

Apapun, mesej kebaikan dan kisah sebenarnya tidak dapat dinafikan, kerana kanak kanak tersebut sanggup menyelamatkan anjing tersebut. Untuk membaca kisah tentang nya dengan lebih lanjut, boleh ke pautan ini: 

Tapi jangan pula ada yang kata kita sebagai Muslim tak boleh berbuat baik kepada haiwan seperti anjing ini ya.. Boleh je tolong, tak ada masalah k.. Besar ganjaran pahala tu. Nak tahu apa ganjarannya? Boleh lihat di SINI.

3 comments:

  1. Huhu benda camni pun ada juga nak palsu2kan..

    ReplyDelete
  2. tak suka orang suka putar2 kan cerita ni dah jadi fitnah dan dosa da.

    ReplyDelete